SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

"Strategi Pecah Dan Perintah” Amalan Penjajah British Menyumbang Kepada Masalah Sosial Dan Ekonomi Di Malaysia Pada Zaman Kolonial Mahupun Selepas Merdeka.” Bincangkan Pernyataan Ini Dalam Koteks Tanah Melayu,Sarawak Dan Borneo Utara British 

Pengenalan 

“Dasar Pecah dan Perintah” (Divide and Rule) telah diamalkan dalam sistem pentadbiran British di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah) sejak zaman kolonial iaitu pada tahun 1840 lagi. Yakni, tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India telah dipisahkan dari segi sosial dan ekonomi. Hal ini dapat dilihat apabila pihak British telah menempatkan kaum Cina di kawasan bandar di mana berlakunya pelbagai kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perlombongan, dan sebagainya, kaum Melayu di luar bandar yakni, mengusahakan kawasan tanah untuk kegiatan pertanian manakala kaum India pula diletakkan dikawasan ladang atau estet-estet untuk mengerjakan aktiviti penanaman getah, kelapa sawit dan sebagainya. Hanya golongan elit sahaja yang diterima bekerja dengan pejabat pentadbiran British. Dasar Pecah dan Perintah yang diamalkan oleh pihak British ini adalah untuk memudahkan pentadbiran dan pengawalan keatas masyarakat setempat di Tanah Melayu, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Ekoran daripada perlaksanaan dasar ini telah menimbulkan pelbagai masalah sosial dan ekonomi di Malaysia terutama pada zaman kolonial (1840) mahupun selepas kemerdekaan Malaysia (1957). 


[1] R. Emerson, 1997, “Malaysia”, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlmn. 145. 

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK