Posts

Showing posts from February, 2018

Sejarah Politik Malaysia Tradisional

1. Bincangkan bagaimana pergaduhan rebut takhta dan Perang Larut di Perak membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor (1874). Apakah syarat dan kesan perjanjian tersebut?  2. Kemaraan Siam di Negeri-negeri Melayu Utara, Perak dan Selangor mulai disekat oleh pihak British melalui Perjanjian Burney (1826). Bincangkan peristiwa-peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Burney antara kerajaan British dan Siam.  3. Huraikan hubungan politik Negeri-negeri Melayu dengan Siam sehingga 1909.  4. Perebutan takhta di Negeri-negeri Melayu pada penghujung abad ke-19 membawa kepada campur tangan British. Jelaskan?  5. Pada September 1873, Lord Kimberly, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan merombak semula dasar tidak campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa keperluan melindungi kepentingan perdagangan British membawa kepada campur tangan British? Bincangkan jawapan anda.  6. Sejauh manakah Birch harus dipersalahkan kerana ke

Kajian Teks Melayu Klasik Terpilih

1. Teks kesusasteraan sastera klasik merupakan cerminan tamadun bangsa pada zaman silam. Berdasarkan pernyataan ini huraikan kepentingan sastera klasik kepada masyarakat zaman kini. 2. Huraikan ciri-ciri mitos yang terdapat di dalam teks Sulalatus Salatin dan kaitkan mitos ini dengan kepercayaan masyarakat pada zaman silam. 3. Wasiat merupakan elemen utama dalam teks Hikayat Raja-raja Pasai. Peristiwa ini dapat dikesan melalui wasiat yang ditinggalkan oleh Sultan Malikul Saleh kepada cucu-cucunya iaitu Sultan Malikul Mahmud dan Sultan Malikul Mansur.     Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.   Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke  SINI  untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke  SINI  untuk mendapatkan contoh tugas

Pengantar Sains Politik

1. Huraikan perkembangan bidang sains politik. Bincangkan perubahan-perubahan yang berlaku dari satu era ke satu era dalam bidang sains politik dan kesannya kepada kehidupan manusia.    2) Bincangkan perubahan-perubahan yang dialami oleh sesebuah negara daripada tahap politik tradisional ke tahap politik moden.   3) Huraikan apa yang dimaksudkan dengan kedaulatan rakyat. Bagaimanakah kedaulatan rakyat dimanifestasikan dalam politik dan kehidupan harian?   4) Apakah maksud autoriti yang “sah”? Bagaimanakah kita mengukur bahawa sesuatu sistem politik itu dapat diterima sebagai sah oleh ahli-ahli sesebuah masyarakat politik?   5) Apakah yang anda faham dengan istilah ‘ideologi’? Huraikan peranan ideologi dalam pembentukan sesebuah negara bangsa.   6) Bincangkan peranan parti politik dalam proses pendemokrasian sebuah negara moden.   7) Bincangkan peranan kumpulan berkepentingan dan pendesak dalam mempertanggungjawabkan sebuah pemerintahan yang mendakwa bahawa ia bercorak