Posts

Showing posts from March, 2017

Cognitive Psychology

Tujuan tugasan ini adalah untuk membantu pelajar memahami prinsip utama Gestalt tentang persepsi organisasi.  KEPERLUAN Ahli-ahli Gestalt menekankan kepentingan pembezaan bentuk-latar dalam organisasi perseptual. Satu objek ataupun sebahagian daripada lapangan penglihatan dikenal pasti sebagai bentuk, manakala lapangan penglihatan yang lain adalah kurang penting dan dijadikan asas.  Berdasarkan penyataan di atas: 1. Bincangkan hukum-hukum organisasi perseptual Gestalt berdasarkan doktrin isomorfisme. 2. Bezakan antara pengumpulan perseptual bawah-ke-atas dengan atas-ke-bawah dengan merujuk kepada kerangka teori tertentu bersama dapatan-dapatan kajian terkini. 3. Tunjukkan perbezaan individu dan kepelbagaian budaya yang mempengaruhi kebolehan seseorang dalam organisasi perseptual. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Child Psychology

Tujuan tugasan ini untuk menilai kebolehan pelajar untuk:  i. Menilai kesan budaya dalam perkembangan kebolehan fizikal dan motor kanak-kanak.  ii. Mengkaji perbezaan antara tiga jenis pergerakan fizikal kanak-kanak.  iii. Mengkaji perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam perkembangan fizikal dan motor mereka.  KEPERLUAN  Perkembangan fizikal dan motor dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Baka, nutrisi, motivasi dan malahan budaya juga memainkan peranan dari segi masa fizikal kanak-kanak berkembang.  Perkembangan fizikal membekalkan kanak-kanak dengan kebolehan meneroka dan berinteraksi dengan dunia persekitaran mereka. Pertumbuhan pertama fizikal kanak-kanak di awal usia bermula sebaik sahaja memperolehi kekuatan otot dan secara beransur-ansur kanak-kanak membina koordinasi. Istilah perkembangan motor merujuk kepada pertumbuhan kebolehan kanak-kanak mengguna tubuh serta kemahiran fizikal dan motor mereka. Ianya sering diertikan sebagai proses di ma

Pengurusan Risiko Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Tugasan ini bertujuan untuk menilai pemafaman anda terhadap pengenalpastian hazad di kilang pemprosesan yang menggunakan kajian Hazad and Kebolehoperasian (HAZOP) di samping memberikan anda peluang untuk melakukan kajian HAZOP berdasarkan scenario keselamatan proses yang sebenar. Prosedur HAZOP ini adalah sangat efektif untuk mengenalpasti hazad dan diterima baik oleh industri pemprosesan di seluruh dunia. Asas kepada HAZOP ialah untuk memberi peluang agar minda bebas berfikir tetapi terkawal untuk mempertimbangkan semua kemungkinan kegagalan proses dan operasi. KEPERLUAN / SOALAN TUGASAN Pertimbangkan satu system reactor seperti dalam Rajah 1. Tindak balas ini adalah eksoterma, oleh itu satu system penyejukan disediakan untuk menyingkirkan haba yang berlebihan. Sekiranya system penyejukan ini mengalami kegagalan, suhu reactor akan meningkat. Ini akan menyebabkan peningkatan kadar tindak balas, seterusnya menyebabkan perlepasan tenaga yang berlebihan. Keadaan ini boleh m

Ergonomik

Sebagai sebuah syarikat / organisasi yang sedang berkembang, lebih banyak aduan dan laporan yang dibuat oleh pekerja mengenai tugasan yang melebihi keupayaan. Mungkin ada aktiviti pekerjaan yang memerlukan tenaga yang tinggi, postur yang janggal atau kerja yang berulang-ulang. Keadaan ini menyebabkan ketidakselesaan kepada beberapa pekerja dan boleh menjejaskan produktiviti dan seterusnya menyebabkan kecederaan otot dalam jangka masa yang panjang. Sebagai kakitangan kanan bagi keselamatan dan kesihatan di syarikat, pihak pengurusan memerlukan anda untuk menangani masalah ini. Anda dikehendaki untuk mengenalpasti faktor risiko Ergonomik untuk TIGA tugas / aktiviti yang dijalankan di syarikat anda. Laporan anda perlu meliputi perkara berikut: •Pengenalan ringkas organisasi dan objektif laporan; •Penerangan tentang tugas/ aktiviti yang dijalankan (disyorkan untuk melampirkan gambar-gambar aktiviti); •Penentuan faktor risiko ergonomik yang wujud dengan penjelasan

Keselamatan Pembinaan Dan Loji/ Plant And Construction Safety

Kejayaan keselamatan dan kesihatan dalam organisasi bergantung kepada keberkesanan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Terdapat beberapa elemen penting dalam Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SPKKP) untuk industri Pembinaan. 1.Terangkan apa kelebihan Sistem Pengurusan KKP.  2.Bincangkan dengan terperinci setiap elemen sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di atas dalam konteks industri pembinaan.  Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke  SINI  untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke  SINI  untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.