Posts

Showing posts from April, 2021

UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

1. Meon adalah seorang jurulatih kepada pasukan hoki kebangsaan di ibu kota. Beliau telah berpisah dengan isterinya, Munah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Malim, Leman dan Kundang. Malim berada di bawah jagaan Meon manakala Leman dan Kundang berada di bawah jagaan isterinya. Kesemua anak-anak Meon masih lagi bersekolah. Oleh kerana sibuk dengan perlawanan serta sesi latihan bagi menyediakan pasukan hoki bagi menghadapi perlawanan di dalam Liga Asia, Meon tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran Malim. Malim yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah tercicir di dalam pelajarannya dan sering terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Baru-baru ini Malim telah ditangkap oleh guru disiplin kerana merokok di dalam tandas. Guru besar sekolah telah mengadakan dua perjumpaan dengan Malim dan akhirnya Malim dibuang sekolah. Meon tidak berpuas hati dengan tindakan guru besar lalu mendesak Malim mencabar keputusan tersebut. Walaupun tidak dengan sepenuh h

Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

1. Sekiranya Malaysia ingin terus maju dan muncul sebagai negara maju dan disegani oleh dunia, perkhidmatan awam sebagai tulang belakang kerajaan dalam usaha pembinaan bangsa dan negara,haruslah berketrampilan dan cemerlang (INTAN 1994:2). Huraikan kenyataan dia atas berdasarkan kepada peranan kepimpinan dalam sektor awam yang boleh membawa perubahan selaras dengan wawasan kepimpinan politik negara. 2. Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyatakan bahawa krisis coronavirus (Covid-19) pada suku kedua tahun 2020, akan menyebabkan 195 juta orang kehilangan pekerjaan sepenuh masa. Sebagai seorang pengurus, bagaimanakah anda melihat wabak ini sebagai satu isu yang boleh menjejaskan operasi organisasi anda. Bincangkan juga tindakan intervensi yang anda akan lakukan bagi mengurangkan kesan wabak ini terhadap prestasi dan mutu kerja organisasi anda. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah h