Posts

Showing posts from July, 2014

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Sejarah bahasa menunjukkan bahasa Melayu berkembang berdasarkan zaman yang ditandakan mengikut masa. Bahasa Melayu dikatakan bermula dengan bahasa Melayu purba, diikuti bahasa Melayu kuno, kemudiannya bahasa Melayu klasik dan akhir sekali sebagai bahasa Melayu moden. Pelbagai teori telah dikemukakan oleh pengkaji bahasa dalam menentukan sejarah perkembangan bahasa Melayu ini. Ada pendapat yang membahagikan sejarah bahasa Melayu kepada dua bahagian, iaitu sejarah bahasa Melayu sebelum merdeka dan sejarah bahasa Melayu selepas merdeka. Ada juga yang mengkategorikan sejarah bahasa Melayu mengikut jangka masa wujudnya bahasa Melayu itu sendiri.  Berdasarkan sejarah perkembangan bahasa Melayu selepas merdeka, kaji dan teliti kedudukan bahasa Melayu berdasarkan perkara-perkara berikut:  (a) Perkembangan bahasa Melayu berdasarkan kajian-kajian yang telah dijalankan untuk memastikan kepentingan bahasa Melayu terjaga dan selaras dengan keperluan matlamat pendidikan di Malaysi

Seni Dalam Pendidikan

Gardner (1983), meletakkan Seni dalam Teori Kecerdasan manusia sebagai asas pemupukan minda pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Antara objektif Seni dalam Pendidikan di sekolah rendah adalah: (i) Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi sebagai elemen ekspresi dalam sesebuah hasil seni. (ii) Untuk menerapkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain. Huraikan bagaimana seorang guru yang imaginatif, kreatif dan kritis dapat menggunakan elemen-elemen Pendidikan Seni Visual dan Muzik bagi penghasilan satu bentuk karya dengan digabungjalin dengan Mata Pelajaran Sains, Sejarah dan sebagainya di sekolah. Teknologi digital pula boleh dijadikan media komunikasi bagi menyokong tugasan ini. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah tak

Linguistik dan Sosiolinguistik

Kajian sosiolinguistik meliputi semua aspek bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat. Tercakup dalam hubungan yang dimaksudkan ialah kajian terhadap bahasa, dialek dan idiolek, kedwibahasaan, profil linguistik, etnografi bahasa, sikap terhadap bahasa dan perancangan bahasa.  Nik Safiah (1988). Berdasarkan pernyataan di atas, sediakan tugasan anda seperti berikut; Pengenalan: Jelaskan sifat sosiolinguitik dengan menghuraikan tentang bagaimana bahasa digunakan untuk melaksanakan fungsi-fungsi sosial dan bagaimana bahasa boleh memberi maklumat latar seseorang. Bahagian 1: Beri definisi konsep dialek sosial. Jelaskan fungsi, latar belakang etnik dan formaliti yang boleh menjadi faktor wujudnya dialek sosial dalam proses komunikasi. Sertakan contoh-contoh yang sesuai bagi memantapkan huraian anda. Bahagian 2: Kenal pasti cabaran bahasa Melayu dari perspektif penggunaan bahasa Melayu masa kini. Bincangkan cabaran tersebut dengan jelas. Bahagian 3: Rumuskan perbinca