Posts

Showing posts from July, 2020

PERAKAUNAN KEWANGAN

TUGASAN 1:Jawab semua soalan. Soalan 1: (CLO1) Bezakan antara pengguna dalaman dengan pengguna luaran dan terangkan contoh-contoh maklumat perakaunan yang diperlukan.  Soalan 2: (CLO2) Andaikan anda sedang mempertimbangkan untuk membeli saham dalam sebuah syarikat. Anda telah membaca laporan tahunan syarikat dalam membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan. Berdasarkan pendapat anda, terangkan kepada para pelabur lain kegunaan maklumat-maklumat laporan tahunan dalam membantu mereka untuk membuat keputusan pelaburan. TUGASAN 2: Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja terperinci anda dengan jelas dan sistematik. Soalan 1:(CLO 2) Pada 1 April 2020, Adam Syaqif memulakan perniagaan baru yang dikenali sebagai Cepat Cetak Sdn. Bhd., yang menyediakan perkhidmatan menaip dan mencetak. Berikut adalah senarai urus niaga yang dilibatkan olehperniagaan tersebut sepanjang bulan April 2020: i) Adam Syaqif menyumbangkan RM200,000 tunai ke

PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

TUJUAN  Objektif tugasan ini adalah untuk menilai kemampuan pelajar dalam membincangkan kepentingan komunikasi antara budaya, cabaran-cabaran komunikasi antara budaya dan strategi untuk memperbaiki kemahiran komunikasi antara budaya dalam kalangan penduduk di Malaysia.  KEPERLUAN  Hampir setiap masa, seseorang indvidu terlibat dalam komunikasi dengan orang lain. Tidak semua individu mempunyai latar belakang dan amalan yang serupa. Keberkesanan komunikasi tidak bergantung hanya pada keupayaan seseorang untuk bercakap secara lisan atau ekspresi melalui komunikasi bukan lisan. Tidak semua interaksi dalam kalangan orang ramai mencapai objektif mereka. Sebaliknya, faktor paling penting ialah untuk memahami corak komunikasi yang melibatkan budaya yang berbeza. Hanya dengan memahami budaya orang lain seseorang itu akan mampu menjangkakan, menyesuai dan mengasimilasi diri dalam satu perhubungan yang bermakna dengan yang lain.  Berdasarkan penyataan di atas:  1. Dal

PRINSIP KOMUNIKASI KORPORAT

Hubungan media mempunyai peranan utama dalam kalangan amalan perhubungan awam kerana media adalah “pengampang yang mengawal aliran maklumat kepada orang awam dalam satu sistem sosial.” Tugas hubungan media dianggap sebagai salah satu fungsi jabatan komunikasi korporat yang sangat penting, di mana hubungan media yang berjaya akan memastikan penyebaran maklumat yang diingini tentang organisasi kepada orang awam. Berdasarkan penyataan di atas: 1. Pilih DUA organisasi daripada kategori/industri berbeza yang anda minati. 2. Perhatikan hubungan media yang diamalkan oleh organisasi berkenaan. 3. Analisa secara kritis jenis media yang digunakan oleh kedua-dua organisasi tersebut termasuklah media tradisional dan baru (dari segi persamaan dan perbezaan). 4. Pada pendapat anda, organisasi yang manakah mempunyai perhubungan media yang lebih baik? Berikan justifikasi. 5. Cadangkan strategi untuk meningkatkan lagi hubungan media

FALSAFAH SAINS SOSIAL

Tulis SATU (1) artikel yang bertajuk Malaysia dan Covid 19: Analisis pasca PKP 1.0 Pengenalan  ringkas sejarah dan maksud Covid 19, bagaimana dunia berusaha menyelesaikan isu Covid 19 dan bagaimana ahli politik melihat Covid 19 sebagai ujian atau beban  2.0 Berdasarkan pandangan golongan pemerhati sosial seperti Machiavelli, bincangkan DUA (2) strategi bagaimana kerajaan menyusun pentadbiran negara semasa PKP. Bahaskan pandangan anda dengan merujuk kepada pandangan sarjana  3.0 Berdasarkan pengalaman anda, jelas dan huraikan DUA (2) kesan sosial apabila kerajaan menguatkuasakan PKP semasa Covid 19. Pandangan perlu disertakan dengan rujukan ilmiah  4.0 PKP memberikan kesan kepada ekonomi negara. Jelaskan DUA (2) langkah yang diambil oleh kerajaan untuk menangani masalah ekonomi rakyat. Hujah anda mesti bersandarkan kepada pandangan sarjana.  5.0 Kesimpulan  Satu kesimpulan mengenai pandangan anda terhadap kesungguhan kerajaan