PERAKAUNAN KEWANGAN


TUGASAN 1:Jawab semua soalan.

Soalan 1: (CLO1)


Bezakan antara pengguna dalaman dengan pengguna luaran dan terangkan contoh-contoh maklumat perakaunan yang diperlukan. 
Soalan 2: (CLO2)

Andaikan anda sedang mempertimbangkan untuk membeli saham dalam sebuah syarikat. Anda telah membaca laporan tahunan syarikat dalam membuat penilaian terhadap syarikat berkenaan. Berdasarkan pendapat anda, terangkan kepada para pelabur lain kegunaan maklumat-maklumat laporan tahunan dalam membantu mereka untuk membuat keputusan pelaburan.
TUGASAN 2:
Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja terperinci anda dengan jelas dan sistematik.


Soalan 1:(CLO 2)


Pada 1 April 2020, Adam Syaqif memulakan perniagaan baru yang dikenali sebagai Cepat Cetak Sdn. Bhd., yang menyediakan perkhidmatan menaip dan mencetak. Berikut adalah senarai urus niaga yang dilibatkan olehperniagaan tersebut sepanjang bulan April 2020:


i) Adam Syaqif menyumbangkan RM200,000 tunai ke dalam perniagaan.


ii) Membeli tanah dan sebuah bangunan kecil sebanyak RM450,000. Beliau membayar RM165,000 tunai dan menandatangani satu nota belum bayar untuk bakinya. Tanah berkenaan dianggap bernilai RM240,000 dan bangunan berkenaan sebanyak RM210,000.


iii) Membeli peralatan pejabat sebanyak RM30,000 daripada Amazing Interiors Sdn. Bhd. Beliau membayar RM17,000 tunai dan bersetuju membayar bakinya dalam masa 60 hari.


iv) Membeli sebuah motosikal secara kredit bernilai RM3,400 untuk digunakan bagi membuat penghantaran kepada pelanggan. Beliau bersetuju membuat baki pembayaran kepada Motorex Sdn. Bhd. dalam masa 10 hari.


v) Membayar sepenuhnya akaun belum bayar kepada Motorex Sdn. Bhd. 


vi) Meminjam RM30,000 daripada Bank Kaya dan menandatangani satu nota belum bayar yang matang dalam masa enam bulan.


Berdasarkan maklumat di atas:


a) Sediakan catatan jurnal bagi semua urusniaga di atas.


b) Pindah catatkan semua akaun yang relevan kelejar.


c) Sediakan imbangan duga pada 30 April 2020.

Soalan2: (CLO 2)

Pada31 Disember 2019, imbangan duga berikut telah diambil daripada buku Syarikat Afif Resources:
Akaun-akaun
Debit (RM)
Kredit (RM)
Modal

29,250
Ambilan
4,600

Tunai
9,200

GajidanUpah
23,000

HasilSewa

68,000
Tanah
35,000

AkaunBelumTerima
12,350

AkaunBelum Bayar

18,000
BelanjaPejabat
2,500

BelanjaUtiliti
1,700

InsuransPrabayar
1,400

Bangunan
15,000

PeralatanPejabat
2,300

Kenderaan
4,200

Inventori
4,100

HasilSewaBelumTerperoleh

500
BelanjaSusutNilai
400


115,750
115,750

Maklumattambahanbagipelarasanpadaakhirtempohadalahsepertiberikut:
       i)            Gaji dan upah terakru berjumlah RM5,000.
     ii)            Premium insurans luput bagi tahun tersebut berjumlah RM700.
   iii)            Hasil sewa belum terperoleh adalah RM350.
   iv)            Bil utility berjumlah RM200 telah diterima tetapi belum dibayar.

Anda dikehendaki menjawab soalanberikut.
a)      Sediakan catatan pelarasan yang diperlukan pada 31 Disember 2019.
b)      Sediakan imbangan duga terselaras pada31 Disember 2019.

Soalan3 : (CLO 2)
Anda telah ditugaskan untuk menyediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Mac 2020 dan lembaran imbangan pada 31 Mac 2020 berdasarkan kepada maklumat berikut:

Akaun-akaun
         RM
Tunai
31,000
Akaun Belum Terima
76,000
Bekalan
9,500
Peralatan Pejabat
12,000
Susut nilai Terkumpul
3,600
Akaun Belum Bayar
24,000
Gaji Belum Bayar
16,000
Modal
71,220
Ambilan
13,000
Hasil Perkhidmatan
95,400
Faedah Pendapatan
11,500
Belanja Gaji
39,700
Belanja Bekalan
4,200
Belanja Susut Nilai
1,200
Belanja Sewa
35,000
Belanja Pelbagai
120

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.


Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK