Posts

Showing posts from November, 2010

Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

1. Struktur politik Melayu tradisi telah meninggalkan pengaruh besar terhadap sistem politik yang diamalkan di Malaysia kini. Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 2. 'Sistem pewarisan takhta dalam institusi beraja di negeri Perak dan Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu'. Bincangkan. 3. Sistem politik yang diamalkan di Malaysia kini sering dikaitkan dengan istilah 'neo-feudalisme' . Huraikan keadaan ini dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai. 4. 'Zaman yang dilalui oleh negeri-negeri Melayu selepas Perjanjian Pangkor 1874 disifatkan sebagai 'turning point' kepada transformasi sistem politik Malaysia tradisi'. Bincangkan. 5. 'Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Peresekutuan berperanan sebagai mekanisme untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia'. Bincangkan. 6. Nilaikan sejauhmanakah badan kehakiman di Malaysia diakatakan bebas daripada campurtangan bad

Politik Asia Tenggara

Bincangkan impak sekurang-kurangnya 2 faktor berikut terhadap pembangunan politik Negara-negara Asia Tenggara yang kamu pelajari dalam kursus ini. Esei anda perlu menganalisa perkembangan di sekurang-kurangnya 2 negara: 1) Agama 2) Pemimpin era pasca-kemerdekaan yang pertama 3) Tuntutan politik etnik minoriti 4) Perjuangan kelas sosial 5) Gerakan dan kumpulan pemisah 1.0 Pengenalan Terlebih dahulu dalam bahagian pengenalan ini saya akan menceritakan tentang Asia Tenggara supaya kita mendapat gambaran awal tentang negara-negara yang terdapat di dalamnya. Asia Tenggara ialah sudut benua yang terbentang luas terletak di samping negara China dan India, adalah satu kawasan yang kaya dengan pelbagai unsur yang berlainan jenis. Sudah pasti, di antara kebanyakan negara di kawasan ini, terdapat ekonomi yang sama dan banyak masalah ekonomi yang agak serupa pada amnya, dan pada peringkat yang berbeza pula, kesemuanya telah beransur-ansur menyedari akan kedudukan masing-masing yang berhampiran

Ideologi Dunia Ketiga

Bandingkan pelaksanaan ideologi komunisme dalam politik moden di antara China dengan Cuba. Bahaskan juga sejauhmana komunisme masih relevan di kedua-dua buah negara tersebut Pengenalan Komunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme suci" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ek

Sejarah Asia Tenggara Moden

Mohd Nordin sopiee, berhujah bahawa faktor keselamatanlah yang telah menarik singapura, sabah, sarawak untuk bergabung dalam gagasan malaysia. bincangkan hujah ini dengan memberi faktor utama kepada berlakunya pembentukan malaysia 1963. Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Sejarah Asia Tenggara Tradisional

Bincangkan perkembangan agama-agama dari India di Nusantara sebelum kedatangan agama Islam. Pengenalan Sebelum membincangkan tentang perkembangan agama-agama dari India di Nusantara sebelum kedatangan Islam terlebih dahulu mari kita lihat definisi dan di manakah letaknya lokasi Nusantara. Nusantara merupakan istilah yang dipakai oleh orang Indonesia untuk menggambarkan wilayah kepulauan Indonesia dari Sabang sampai Merauke. Istilah lain yang digunakan adalah Nuswantara... Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Pengantar Pengurusan

Di dalam sesebuah organisasi terdapat isu-isu pengurusan yang akan menjejaskan prestasi kerja dan seterusnya menjejaskan prestasi organisasi. Pilih satu organisasi dan bayangkan anda ialah para konsultan luar yang dipanggil oleh organisasi ini untuk mengupas masalah-masalah (isu-isu pengurusan) yang berlaku di dalam organisasi tersebut dan menyarankan cara-cara untuk menyelesaikan isu tersebut. Anda perlu pilih (3) isu utama yang perlu dikupaskan dan sarankan bagaimana cara-cara untuk mengatasi isu/masalah tersebut. Di antara isu yang boleh dipilih ialah : 1) Isu dalam membuat keputusan dalam organisasi. 2) Isu komunikasi dalam organisasi. 3) Isu politik dan kuasa dalam organisasi. 4) Isu teamwork atau kerja berpasukan 5) Isu motivasi dan komitmen kerja. 6) Isu kepimpinan 7) Isu perancangan, pengawalan dan etika. Contoh soalan Exam sini Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semest

Sejarah Amerika Syarikat

Bincangkan langkah-langkah yang diambil oleh pentadbiran Amerika Syarikat sekitar 1900-1917 dalam bidang strategi dan dasar ekonomi bagi membangunkan negara mereka sebagai sebuah kuasa besar dunia. 1.0 Pengenalan 2.0 Menubuhkan Gerakan Progresivisme bagi memperjuangkan nasib rakyat terutama golongan petani yang tertindas. 2.1 Menjalankan dasar pendudukan di Negara-negara rantau asia dan asia pasifik sehingga menjadi kuasa besar 2.3 .... Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Siapakah Seymour Martin Lipset ?

Seymour Martin Lipset (March 18, 1922–December 31, 2006) was an American political sociologist, senior fellow at the Hoover Institution, and the Hazel Professor of Public Policy at George Mason University. His major work was in the fields of political sociology, trade union organization, social stratification, public opinion, and the sociology of intellectual life. He also wrote extensively about the conditions for democracy in comparative perspective. Lipset was born in New York, the son of Russian Jewish immigrants. He graduated from City College of New York, where he was an anti-Stalinist leftist and later became national chairman of the Young People's Socialist League. He left the Socialist Party in 1960 and described himself as a centrist, deeply influenced by Alexis de Tocqueville, George Washington, Aristotle, and Max Weber. Lipset received a doctorate in sociology from Columbia University in 1949. Before that he taught at the University of Toronto. He was the Caroline S

Sejarah Kerajaan Turki Uthmaniyah Sehingga Kejatuhannya

Pengenalan Empayar Turki Uthmaniyah telah diasaskan oleh Uthman 1 yang mengistiharkan kemerdekaan wilayah Uthmaniyah pada tahun 1299. Wilayah ini mula berkembang melalui penaklukan Constatinople oleh Muhammad Al-Fatih pada tahun 1453 dan terus gemilang semasa pemerintahan Sulaiman Al-Qanuni. Namun selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni pada tahun 1566 berlaku kemerosotan dalam empayar Turki Uthmaniyah. Malang yang menimpa ini adalah lantaran kelemahan-kelemahan yang wujud dalam kerajaan Turki Uthmaniyah yang telah membawa kepada kejatuhan empayar yang telah mencapai zaman kegemilangan. Keruntuhan empayar yang telah mencapai kegemilangan ini merupakan peristiwa yang kompleks bagi sebuah masyarakat Islam dari sebuah kerajaan menuju negara moden. Pada proses keruntuhannya, Turki Uthmaniyah merupakan wilayah yang besar meliputi semenanjung Balkan, Asia Kecil, Arab Timur Tengah, Mesir dan Afrika. Namun, akibat daripada pelbagai faktor yang akhirnya membawa kepada kejatuhan Empayar Uthmaniya

British Memperkenalkan Sistem Residen Di Tanah Melayu

Dasar Ekonomi British Menjelang tahun 1895, pegawai-pegawai British di Negeri-Negeri Selat (NNS) dan London mendapati sistem residen yang dijalankan tidak berjalan lancar dan dikhuatiri hasrat mereka akan sukar dicapai. Hal ini berikutan daripada setiap negeri yang telah berada dalam genggaman British ditadbir oleh seorang residen dan corak kemajuan adalah mengikut kebijaksanaan dan kemahiran residen. Dengan kata lain residen seumpama arkitek kepada proses kemajuan sesebuah negeri. Sekiranya residen itu sendiri terkial-kial dalam menjalankan dasar-dasar British maka objektif British pastinya terkubur. Kita sedia maklum bahawa tiada wujud pun satu garis panduan kepada setiap residen yang dilantik dan tiadanya keseragaman dalam setiap negeri. Residen akan mengkoreksi minda mereka mengikut kepakaran masing-masing dalam menjalankan dasar British. Setiap perkara pula perlu mendapat persetujuan gabenor NNS dan Pejabat Tanah Jajahan di London. Kita dapat menilai bahawa semua ini akan mendatan

Sejarah Masyarakat Imigran ke Malaysia

Masyarakat imigran seperti yang kita fahami ialah masyarakat India dan China sahaja disebabkan mereka merupakan agen terpenting kepada kronologi proses pembangunan negara secara amnya dari sudut politik, ekonomi dan sosial. Umum mengetahui bahawa antara penyebab kepada berlakunya penghijrahan para penduduk di China dan India ke Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa perkara. Penghijrahan atau yang dikatakan imigrasi ini berlaku disebabkan oleh permasalahan ekonomi yang teruk misalnya di China, masalah bencana alam yang teruk serta parah bagai retak menunggu belah dan akibat daripada bencana alam yang sering melanda China seperti banjir besar telah meranapkan industri pertanian yang menjadi teras utama kepada kegiatan ekonomi kebanyakan masyarakat China. Perkara ini telah menyebabkan masyarakat China yang rata-ratanya mengamalkan kehidupan berorientasikan pertanian mengalami masalah ekonomi. Selain itu, disebabkan pertambahan mahupun lebihan penduduk di China yang tidak terkawal telah

Sejarah Kewujudan Masyarakat Majmuk di Malaysia

Bagaimana perlaksanaan dasar politik dan ekonomi British ini telah menjadi pemangkin kepada perubahan struktur kependudukan di Malaysia pada abad ke-19? Pengenalan Menurut Kamus Dewan kependudukan bermaksud segala hal mengenai penduduk di sesuatu tempat, daerah, negeri dan sebagainya serta kependudukan juga merujuk segala aspek yang dibincangkan dalam simposium ini. Dalam konteks ini, perubahan dalam struktur kependudukan merupakan kesan daripada dasar politik dan ekonomi yang diperkenalkan oleh British. Tindakan dan perkara yang dilakukan oleh British seperti kemasukan imigran telah mendorong pertambahan penduduk yang akhirnya membentuk masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini juga rentetan daripada daripada amalan pecah dan perintah British yang telah memisahkan masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia mengikut faktor ekonomi dan politik. Masyarakat Melayu mengamalkan tradisi pertanian, Cina dengan aktiviti perlombongan dan India bekerja di ladang-ladang. Persoalannya, bagaimana pe

Perjuangan Demokrasi Myanmar Menuntut Kemerdekaan

Pendahuluan Jika direnung sejenak ada sesuatu yang pelik dalam sesuana politik Myanmar semenjak kemerdekaan hingga pentadbiran bermula pada tahun 1962. Berdasarkan penelitian daripada ahli astrologi, Myanmar atau dahulunya lebih dikenali sebagai Burma mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948. Tepat jam 4.20 pagi di perkarangan Rumah kerajaan kemerdekaan Myanmar telah terlakar dalam kitab sejarah dengan penurunan bendera Union Jack untuk digantikan bendera persekutuan Myanmar yang dipadankan daripada bendera Dobama Ahsiahyone. Myanmar merupakan sebuah negara demokratik antara tahun 1948 hingga 1962.Sesuatu yang menarik untuk dibincangkan seorang tokoh bernama Aung San yang cukup sinonim sebagai watak utama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Myanmar daripada belenggu penjajahan. Sejarah telah menukilkan perjuangan Aung San melalui penubuhan Anti-Fascist People’s Freedom League (AFPFL) dalam usaha menentang Jepun yang mencabuli kedaulatan negara Myanmar ketika itu. Perjuangan demi perj

Latar Belakang Ibnu Khaldun Ilmuan Terulung

Nama sebenar Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami Beliau dilahirkan pada tahun 1332 di Tunis dan merupakan tokoh sejarawan ulung yang kaya dengan ilmu pengetahuan seperti fikah, hadis, logik falsafah, matematik, kalam, astronomi, geografi, sastera, bahasa Arab dan pelbagai cabang ilmu lain. Dalam kancah mahupun arena politik pula, Ibnu Khaldun mempunyai banyak pengalaman seperti menjawat jawatan seperti ahli persuratan di istana Fas, menjadi hajib (setaraf dengan PM) di Bougie, hakim mahkamah diraja dan setiausaha Raja Muda Abu Ishak. Ibnu Khaldun dipercayai mula menulis ataupun berminat untuk menceburi bidang penulisan selepas pulang daripada menunaikan haji (1387) dan memberi penumpuan dalam bidang sejarah kerana ada ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas. Penulisan beliau dalam pensejarahan Islam telah memperlihatkan dengan terhasilnya kitab Muqaddimah. Kitab ini dianggap karya yang teragung dalam bidang sejarah dan persejarahan. Kitab ini merupakan pen