Struktur, Proses Politik dan Pentadbiran Kerajaan Malaysia

1. Struktur politik Melayu tradisi telah meninggalkan pengaruh besar terhadap sistem politik yang diamalkan di Malaysia kini. Jelaskan penyataan ini dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

2. 'Sistem pewarisan takhta dalam institusi beraja di negeri Perak dan Negeri Sembilan berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu'. Bincangkan.

3. Sistem politik yang diamalkan di Malaysia kini sering dikaitkan dengan istilah 'neo-feudalisme'. Huraikan keadaan ini dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

4. 'Zaman yang dilalui oleh negeri-negeri Melayu selepas Perjanjian Pangkor 1874 disifatkan sebagai 'turning point' kepada transformasi sistem politik Malaysia tradisi'. Bincangkan.

5. 'Unsur-unsur tradisi dalam Perlembagaan Peresekutuan berperanan sebagai mekanisme untuk memupuk perpaduan kaum di Malaysia'. Bincangkan.

6. Nilaikan sejauhmanakah badan kehakiman di Malaysia diakatakan bebas daripada campurtangan badan eksekutif dan badan perundangan.

7. Jelaskan hujah-hujah UMNO yang mendakwa bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

8. Dalam menjalankan tugasnya di bawah Perlembagaan Negeri Raja/Sultan boleh bertindak mengikut budi bicaranya dalam beberapa perkara. Terangkan budi bicara baginda dalam perlantikan Meneteri Besar.

9. Mengapa Parti Islam Se-Melaya (PAS) menolak pengisytiharan yang didokongi oleh UMNO bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam.

10. Nilaikan sejauhmanakah Suruhanjaya Pilihanraya berperanan sebagai badan bebas yang bertanggungjawab dalam mengendalikan perjalanan pilihanraya di Malaysia.

11. Bincangkan peranan Barisan Nasional (dahulunya Perikatan) mewujudkan politik pemuafakatan dalam usaha ke arah perpaduan Malaysia.

12. 'Malaysia tidak sepenuhnya mengamalkan doktrin pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara'. Nilaikan kenyataan ini dengan contoh-contoh yang sesuai.

13. Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan yang terkandung dalam perkara 11 Perlembagaan Persekutuan?. Mengapakah perkara 11 ini menjadi satu kontroversi yang menarik perhatian umum terutamanya dalam kalangan masyarakat bukan Islam.

14. Bincangkan pendirian badan bukan kerajaan (NGO) dalam berhubung dengan kontroversi yang dikaitkan dengan perkara 11, Perlembagaan Persekutuan.

15. Keputusan pilihanraya umum tahun 2008 ternyata jauh berbeza dengan Keputusan pilihanraya umum tahun 2004. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada perubahan corak pengundian dalam kedua-dua pilihanraya umum tersebut.

16. Melompat parti bukanlah satu fenomena baru di Malaysia kerana kegiatan seumpama itu pernah berlaku di beberapa negeri sehingga membawa perubahan kepada kerajaan yang berkuasa. Pada pandangan anda patutkan seseorang wakil rakyat itu dibenarkan melompat parti?. Selain mengkaji semula undang-undang yang telah sedia ada, apakah mekanisme lain yang dapat anda cadangkan untuk menghalang kegiatan ini?


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK