Latar Belakang Ibnu Khaldun Ilmuan Terulung

Nama sebenar Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun al-Hadrami Beliau dilahirkan pada tahun 1332 di Tunis dan merupakan tokoh sejarawan ulung yang kaya dengan ilmu pengetahuan seperti fikah, hadis, logik falsafah, matematik, kalam, astronomi, geografi, sastera, bahasa Arab dan pelbagai cabang ilmu lain. Dalam kancah mahupun arena politik pula, Ibnu Khaldun mempunyai banyak pengalaman seperti menjawat jawatan seperti ahli persuratan di istana Fas, menjadi hajib (setaraf dengan PM) di Bougie, hakim mahkamah diraja dan setiausaha Raja Muda Abu Ishak.

Ibnu Khaldun dipercayai mula menulis ataupun berminat untuk menceburi bidang penulisan selepas pulang daripada menunaikan haji (1387) dan memberi penumpuan dalam bidang sejarah kerana ada ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas. Penulisan beliau dalam pensejarahan Islam telah memperlihatkan dengan terhasilnya kitab Muqaddimah. Kitab ini dianggap karya yang teragung dalam bidang sejarah dan persejarahan. Kitab ini merupakan pendahuluan kepada kitab yang kedua iaitu al-‘Ibar wa diwan al-mubtada’ wa al-khabar fi ayyam al-‘arab wa al’ajam wa al-Barbar. B. Lewis mengatakan Muqaddimah merupakan ensiklopedia sintesis mengenai metodologi sains kebudayaan yang sangat penting dan boleh menolong ahli sejarah menghasilkan kajian yang benar dan ilmiah mengenai ilmu sejarah dan sosiologi.

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK