PENGENALAN KEPADA KOMUNIKASI

TUJUAN 

Objektif tugasan ini adalah untuk menilai kemampuan pelajar dalam membincangkan kepentingan komunikasi antara budaya, cabaran-cabaran komunikasi antara budaya dan strategi untuk memperbaiki kemahiran komunikasi antara budaya dalam kalangan penduduk di Malaysia. 

KEPERLUAN 

Hampir setiap masa, seseorang indvidu terlibat dalam komunikasi dengan orang lain. Tidak semua individu mempunyai latar belakang dan amalan yang serupa. Keberkesanan komunikasi tidak bergantung hanya pada keupayaan seseorang untuk bercakap secara lisan atau ekspresi melalui komunikasi bukan lisan. Tidak semua interaksi dalam kalangan orang ramai mencapai objektif mereka. Sebaliknya, faktor paling penting ialah untuk memahami corak komunikasi yang melibatkan budaya yang berbeza. Hanya dengan memahami budaya orang lain seseorang itu akan mampu menjangkakan, menyesuai dan mengasimilasi diri dalam satu perhubungan yang bermakna dengan yang lain. 

Berdasarkan penyataan di atas: 

1. Dalam era globalisasi hari ini, bincangkan kepentingan komunikasi antara budaya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. 

2. Analisis secara kritis cabaran-cabaran yang dihadapi dalam komunikasi antara budaya – di dalam dan di luar negara. 

3. Pada pendapat anda, sejauh manakah komunikasi antara budaya dalam kalangan rakyat Malaysia adalah berkesan. Bincangkan TIGA poin dengan memberikan contoh/fakta/rujukan yang bersesuaian. 

4. Cadangkan strategi yang berkesan bagi memperbaiki kemahiran komunikasi antara budaya dalam kalangan penduduk yang tinggal di Malaysia. 

1.0 Pengenalan topik. 

2.0 Perbincangan mengenai kepentingan komunikasi antara budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia. 

3.0 Analisis kritis tentang TIGA cabarang yang dihadapi dalam komunikasi antara budaya di dalam negara dan di luar negara. 

4.0 Pendapat pelajar tentang sejauh mana komunikasi antara budaya dalam kalangan rakyat Malaysia adalah berkesan. Bincangkan TIGA poin dengan memberikan contoh/fakta/rujukan yang bersesuaian. 

5.0 Cadangkan strategi yang berkesan bagi memperbaiki kemahiran komunikasi antara budaya dalam kalangan penduduk yang tinggal di Malaysia. 

6.0 Kesimpulan. 

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.


Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK