UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

1. Meon adalah seorang jurulatih kepada pasukan hoki kebangsaan di ibu kota. Beliau telah berpisah dengan isterinya, Munah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Malim, Leman dan Kundang. Malim berada di bawah jagaan Meon manakala Leman dan Kundang berada di bawah jagaan isterinya. Kesemua anak-anak Meon masih lagi bersekolah. Oleh kerana sibuk dengan perlawanan serta sesi latihan bagi menyediakan pasukan hoki bagi menghadapi perlawanan di dalam Liga Asia, Meon tidak dapat memberi tumpuan kepada pembelajaran Malim. Malim yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah tercicir di dalam pelajarannya dan sering terlibat dengan masalah disiplin di sekolah. Baru-baru ini Malim telah ditangkap oleh guru disiplin kerana merokok di dalam tandas. Guru besar sekolah telah mengadakan dua perjumpaan dengan Malim dan akhirnya Malim dibuang sekolah. Meon tidak berpuas hati dengan tindakan guru besar lalu mendesak Malim mencabar keputusan tersebut. Walaupun tidak dengan sepenuh hati bersetuju dengan permintaan ayahnya tetapi Malim akhirnya akur. Alasan yang digunakan Malim untuk berbuat demikian adalah tiada notis pembuangan diberikan kepada beliau. Sementara itu, kedudukan Meon sebagai jurulatih kebangsaan telah ditarik balik atas alasan beliau telah memberi sejenis dadah kepada pemain-pemainnya sebelum bermulanya pertandingan hoki menentang pasukan Thailand baru-baru ini. Meon amat terkilan dengan keputusan itu, beliau bercadang untuk mencabar hukuman yang telah dibuat ke atasnya atas alasan tidak sah memandangkan tiada perbicaraan lisan diadakan. Nasib Meon bertambah malang apabila menghadapi satu lagi tuduhan mencuri jersi pemain dan menjualkannya di pasaran gelap semasa beliau bertugas sebagai jurulatih hoki. Meon mendapat tahu bahawa kes tersebut akan dibicarakan oleh bekas kakak iparnya. Kakak ipar Meon memang tidak suka kepada Meon dan beliaulah yang menjadi punca perceraian di antara Meon dan Munah. Meon bercadang untuk membantah terhadap perkara ini kerana wujud bias diri. Nasihatkan Meon dan Malim berdasarkan kepada peruntukan Undang-undang Pentadbiran.


2. Raja Azlan Shah, H. dalam kes Pengarah Tanah & Galian lwn Sri Lembah Enterprise Sdn. Bhd. (1979) menyatakan, “ … setiap kuasa undang-undang perlu ada had kuasanya, jika tidak akan menjadi kuasa diktator … dalam perkataan lain, setiap kuasa budi bicara tidak boleh lari dari batasnya, jika ia telah dilaksanakan dengan salah, ianya menjadi kewajipan mahkamah untuk menghalang …” Salah satu alasan untuk mahkamah menyemak semula kuasa budi bicara adalah kerana wujudnya penyalahgunaan kuasa oleh pentadbir. Selain daripada ketidakadilan dan menjalankan kuasa dengan tujuan yang samar, bincangkan EMPAT (4) penyalahgunaan kuasa budi bicara yang lain. Berikan juga SATU (1) kes sokongan bagi setiap huraian tersebut.


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.




Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK