Child Psychology

Tujuan tugasan ini untuk menilai kebolehan pelajar untuk: 

i. Menilai kesan budaya dalam perkembangan kebolehan fizikal dan motor kanak-kanak. 

ii. Mengkaji perbezaan antara tiga jenis pergerakan fizikal kanak-kanak. 

iii. Mengkaji perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam perkembangan fizikal dan motor mereka. 

KEPERLUAN 

Perkembangan fizikal dan motor dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Baka, nutrisi, motivasi dan malahan budaya juga memainkan peranan dari segi masa fizikal kanak-kanak berkembang. 

Perkembangan fizikal membekalkan kanak-kanak dengan kebolehan meneroka dan berinteraksi dengan dunia persekitaran mereka. Pertumbuhan pertama fizikal kanak-kanak di awal usia bermula sebaik sahaja memperolehi kekuatan otot dan secara beransur-ansur kanak-kanak membina koordinasi. Istilah perkembangan motor merujuk kepada pertumbuhan kebolehan kanak-kanak mengguna tubuh serta kemahiran fizikal dan motor mereka. Ianya sering diertikan sebagai proses di mana kanak-kanak memperolehi pola pergerakan dan kemahiran. 

Berdasarkan penyataan di atas: 

a) Budaya memainkan peranan dalam masa perkembangan fizikal kanak-kanak, dan terdapat dalil mengatakan sesetengah budaya adalah lebih berkemahiran dalam bidang motor tertentu berbanding dengan budaya lain. Bincangkan. 

b) Terdapat tiga jenis pergerakan kanak-kanak iaitu pergerakan locomotor, non-locomotor dan manipulative. Analisiskan perbezaan antara tiga jenis pergerakan fizikal kanak-kanak dan sokong analisis anda dengan contoh-contoh berkaitan. 

c) Buat pemerhatian ke atas dua orang kanak-kanak yang sama umur iaitu 6 tahun, satu lelaki dan satu perempuan, yang sedang bermain secara fizikal di taman permainan. Kemudian, bincangkan yang berikut: 

i. Bagaimana kemahiran fizikal-motor mempengaruhi lain-lain perkembangan mereka? 

ii. Apakah jenis-jenis pergerakan motor yang mereka terlibat? 

iii. Adakah terdapat perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam perkembangan fizikal dan motor mereka?

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK