Sejarah Politik Malaysia Tradisional

Pengenalan

Sejarah politik Malaysia zaman tradisional lazimnya dimulakan dengan kewujudan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Ini tidak bermakna bahawa sebelum itu tidak wujud pemerintahan atau kerajaan lain tetapi berbanding kerajaan Melaka, sumber-sumber mengenainya terlalu kurang, bahkan sejarah kewujudannya masih samar di samping kelebihan-kelebihan lain yang dimiliki oleh Melaka.

Paling penting, sistem politik tradisi Melaka berkesinambungan di negeri-negeri Melayu lain meskipun kerajaan itu bagaikan terhapus dengan penaklukan Portugis pada 1511. Tradisi yang berterusan dan perubahan-perubahan yang berlaku sepanjang hampir enam ratus tahun sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua merupakan sejarah yang tidak harus diabaikan begitu sahaja, bahkan penting untuk mendapatkan gambaran yang lebih menyeluruh berkenaan sejarah politik negara ini sejak zaman tradisi lagi

Bertitik tolak daripada kewujudan kerajaan Melaka, kursus ini akan terus membincangkan aspek-aspek politik terpilih yang berlaku di negeri-negeri Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan tidak ketinggalan Brunei sehingga pecah perang.

Aspek-aspek politik atau topik terpilih bermaksud bahawa, adalah tidak mungkin untuk kursus ini menyentuh setiap pergolakan dan perkembangan politik yang berlaku dalam jangkamasa hampir enam ratus tahun itu.

Bersesuaian dengan tema yang ditekankan iaitu tradisi dan perubahan maka peristiwa-peristiwa lain yang tidak disentuh itu bukan tidak penting tetapi darjah kepentingannya berbeza dan terkandung dalam kursus-kursus lain.

Sayugia diingatkan bahawa kursus ini bukanlah setakat menggalurkan kembali peristiwa-peristiwa sejarah tersebut, sebaliknya membincangkan beberapa perkara penting yang bertepatan dengan tema dan yang telah mencetuskan perbincangan dikalangan sarjana sejarah khususnya.

Bahan-bahan berkenaan disenaraikan seperti berikut:
Abdul Hadi bin Haji Hasan, 1968. "Kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu Melaka" dalam Sejarah Alam Melayu, Jld. 2 Singapura: MPH.

Abdul Rahman bin Haji Ismail, "Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah", Kajian Malaysia, Jld. III, No. 2, Disember 1985.

Andaya B.W. & Andaya L.Y., 1983. Sejarah Malaysia, Petaling Jaya: Macmillan. Andaya; Leonard Y., "The Structure of Power in Seventeenth Century Johor", oleh Reid & Castles (ed.), Pre-colonial State System in Southeast Asia, MBRAS Monograph No. 6., Kuala Lumpur. , 1987. Kerajaan Johor. 1641 - 1728. Kuala Lumpur: DBP.

Buyong Adil, 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: DBP. , 1981. Sejarah Sarawak. Kuala Lumpur: DBP. , 1981. Sejarah Perlis. Kuala Lumpur: DBP.

Chamberlain, M.E., 1970. The New Imperialism. London: The Historical Association. Cowan, C.D., 1970. Tanah Melayu Kurun Ke 18. Kuala Lumpur: DBP.

Emerson, R., 1974. Malaysia. Kuala Lumpur: DBP. Fieldhouse, D.K., 1981. Colonialism, 1870 - 1945: An Introduction, London: Weidenfeld & Nicholson. Gullick, J.M., 1978. Sistem Politik Bumiputera Tanah Melayu Barat, DBP, Kuala Lumpur.

Han Sin Fong, 1975. The Chinese in Sabah, East Malaysia. Taipei. Khoo Kay Kim, 1984. Negeri-negeri Melayu Pantai Barat, 1850 - 1873, Kuala Lumpur, Fajar Bakti.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan khidmat membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK