Tuesday, December 15, 2009

ISU-ISU TERPILIH DALAM SEJARAH ASIA (JEPUN)


PJJM Sharekan untuk PJJ seluruh Malaysia Contoh tugasan dengan sistem footnote yang betul. Anda boleh jadikan tugasan ini sebagai panduan.

Bincangkan Usaha-Usaha Pembaharuan Ekonomi, Politik Dan Sosial Yang Telah Dijalankan Oleh Pemerintahan Meiji Untuk Mewujudkan Sebuah Negara Maju Dalam Industri Berat Dan Perdagangan Antarabangsa.

Pengenalan

Perkataan Jepun bermaksud sumber matahari atau dalam bahasa Inggeris “the sourse of the rising sun”. Orang Jepun menggelarkan negaranya sebagai Nihon atau Nippon.[1] Kepulauan Jepun terletak di sebelah timur pantai Benua Asia, menganjur sebagai satu kawasan yang melengkung sejauh 3,800 kilometer(2,360 batu).[2] Ia meliputi kawasan seluas 377,708 kilometer persegi ( 145,834 batu persegi). Kepulauan Jepun terdiri daripada empat buah pulau utama iaitu Pulau Honshu, Hokkaido, Kyushu dan Shikoku dan mengandungi lebih kurang 3,900 buah pulau kecil yang berangkaian. Sebelum munculnya zaman pembaharuan Meiji 1868- 1912, Jepun diperintah oleh Keshogunan Tokugawa (1603-1867). Keshogunan Tokugawa mengamalkan pemerintahan secara feudalisme di mana para shogun (pemimpin tertinggi samurai) menguasai aspek politik, ekonomi dan sosial.[3]

Pihak Shogun telah mengamalkan ‘Dasar Tutup Pintu’. Jepun mengamalkan dasar tersebut bagi menjaga kedaulatan dan keselamatanya daripada ancaman kuasa-kuasa besar. Keadaan ini menjadikan Jepun sukar menerima pembaharuan daripada kuasa barat. Walau bagimanapun keadaan ini sebaliknya telah berubah dengan kedatangan Kapten Perry ke Jepun. Kapten Perry dan Shogun telah menandatangani Perjanjian Kanagawa yang menandakan tamatnya dasar pemencilan yang diamalkan sekian lama dan bermulah dimensi baru dalam negara Jepun. ZAMAN PEMBAHARUAN MEIJI (1868-1912 ) Pemerintah Meiji setelah mengambil tampok pemerintahan daripada keshogunan Tokugawa telah mengambil daya usaha untuk memajukan dan membangunkan Jepun. Pada tahun 1867, rejim Tokugawa digulingkan dan Meiji mengambil alih kuasa pemerintahan. Kuasa sebenar berada di tangan golongan pegawai dan pemimpin yang merupakan bekas kelas tentera.

Objektif utama dalam dasar luar mereka ialah mengubahsuaikan perjanjian-perjanjian yang berat sebelah, mencapai kebebasan sepenuhnya dan mencapai kedudukan yang selaras dengan kuasa barat.[4] Proses pemulihan Meiji ini dipengaruhi oleh pemimpin-pemimpin terkemuka seperti Inobuto Hirobumi, Saigo Takamori, Okuma Shigenobu, Fukuzawa dan diketuai oleh Mahajara Mutsuhito yang terkenal dengan gelaran Maharaja Meiji. Maharaja Meiji mendapati kekuatan dan keagungan Barat terletak pada kekuatan ekonomi dan ketenteraan. Para pemimpin muda Meiji telah menyedarkan betapa pentingnya pembaharuan dan pembangunan bagi Negara Jepun. Oleh itu mereka ini telah menggubal satu dasar modenisasi yang menyeluruh dari segi politik, ekonomi dan sosial . Walau bagaimanapun yang menarik sekali adalah mereka telah melibatkan penyerapan teknologi dan sains dari Barat yang diselaraskan dengan ciri-ciri Jepun (Tugasan lengkap milik admin website)


[1]The Eccyclopedia Americana,Volume 15, hlm .694.
[2] The Japan of Japan og Today, The International Society for Education Information Incorporation, Tokyo, 1989,hlm.6
[3] Robert A. Scalapino, The Foreign Policy In World Politics, Prentice-Hall, New Jersey, 1985,hlm. 300.
[4] Robert A.Scalapino, The Foreign policy In World Politics ( 6ed), Prentice-Hall, New Jersey, 1985, hlm.300.

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini
Share this article :