Friday, December 18, 2009

JMS 412 – SEJARAH SOSIAL MALAYSIA MODEN


Buat satu tinjauan bacaan pada salah satu daripada tajuk-tajuk yang berikut:

1. Masyarakat Melayu: Tradisi dan Perubahan.

2. Masyarakat Imigran: Ekonomi dan Kehidupan Sosial.
3. Perkembangan Gerakan Dakwah Islam di Malaysia sejak 1960an.
4. Sejarah dan Perkembangan Agama Kristian di Malaysia.
5. Undang-undang Inggeris di Malaysia: Sejarah dan Perkembangan.
6. Pendidikan di Malaysia: Antara Aspirasi Perpaduan dan Realiti.
7. Perkembangan media cetak sejak abad ke 19.
8. Kegiatan berpersatuan di Malaysia: Sejarah dan perkembangan.

Panduan Menulis Tugasan


1. Tugasan ini menghendaki pelajar membuat bacaan pada buku-buku atau artikel/jurnal yang berkaitan dengan tajuk dan bincangkan secara mengulas dan membandingkannya. Penerangan lanjut akan diberikan semasa sidang video yang pertama nanti.

2. Tugasan ini perlu dibuat secara berkumpulan, minima tiga orang dan maksima lima orang satu kumpulan.
3. Tugasan ini mestilah ditulis antara 15 hingga 20 halaman tidak termasuk halaman rujukan dan lampiran. Halaman ke 21 dan seterusnya tidak akan disemak.
4. Para pelajar bebas untuk memilih buku yang hendak ditinjau tetapi perlukan sekurang-kurangnya pada empat atau lima buah buku. Buku Sejarah Sosial Malaysia Moden tidak boleh digunakan.
5. Tarikh akhir tugasan mesti dihantar adalah pada 15 Januari 2010. Tugasan yang lewat sehingga dua minggu dari tarikh akhir tanpa alasan yang munasabah akan dipotong markah. Sementara tugasan yang lewat daripada itu tanpa alasan yang munasabah akan digagalkan.
6. Tugasan hendaklah ditaip kemas (langkau dua/double spacing) dengan menggunakan mesin taip biasa atau elektronik atau komputer.
7. Tugasan ini bernilai 20% daripada keseluruhan komponen penilaian dan wajib disempurnakan. Kegagalan anda berbuat demikian akan menyebabkan anda dihalang dari mengambil Peperiksaan Akhir.
8. Tugasan yang dihantar perlu memenuhi ciri-ciri penulisan akademik dan terikat kepada peraturan-peraturan penulisan akademik. Penulisan akademik adalah penulisan yang dilakukan secara ilmiah/saintifik. Kaedah saintifik adalah berasaskan kepercayaan bahawa setiap fenomena mempunyai keterangan tertentu dan kesimpulan hanya boleh diterima bila disokong oleh bukti.
9. Tugasan mesti ada catatan nota kaki dan senarai bibliografi. Terdapat pelbagai cara penulisan nota kaki (nota hujung) dan rujukan (bibliografi) yang digunakan oleh para penulis. Terpulang kepada anda untuk memilih cara yang bersesuaian dengan citarasa anda. Walau apapun cara yang anda pilih, ia mestilah konsisten. Tugasan yang tiada catatan notakaki akan dianggap hasil daripada ciplakan dan akan digagalkan.
10. Tugasan anda perlu mempunyai tiga bahagian yang jelas iaitu pengenalan, isi dan penutup/kesimpulan.
11. Anda ditegah sama sekali melakukan plagiat. Plagiat adalah jenayah akademik yang terkutuk. Anda akan terus digagalkan jika didapati berbuat demikian.
12. Tugasan adalah hasil usaha anda daripada pembacaan yang telah dibuat dan bukan sekadar aktiviti gunting dan lekat daripada buku-buku rujukan.

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini
Share this article :