Sebab-musabab tercetusnya Perang Dunia Pertama

PJJM Sharekan Nota tentang sebab-musabab tercetusnya Perang Dunia Pertama

Pembunuhan Arcduke of Franz Ferdinand di Sarajevo pada 28 Jun 1914 hanyalah alasan dan bukannya sebab-musabab kepada tercetusnya Peranag Dunia 1 di Eropah. Bahaskan.

Pengenalan

> Perang Dunia Pertama (PD1) meletus di Eropah pada ogos 1914-1917.

> Peperangan ini melibatkan kuasa-kuasa besar di Eropah yang bertelagah.

> Negara terlibat Kuasa Tengah Jerman, Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria.

> Kuasa Berikat Russia, Perancis, Britain, Itali, Romania dan Amerika Syarikat.

> Peperangan ini telah mengakibatkan angka korban manusia yang begitu tinggi mencecah jutaan mangsa membabitkan pasukan tentera mahu pun orang awam.

> PD1 juga membawa kemusnahan alam dan harta benda begitu teruk menyebabkan krisis kemanusiaan spt kebuluran, wabak penyakit, dan sebagainya.

> Hal ini kerana terdapat pelbagai faktor yang sebenarnya telah membawa kuasa-kuasa Eropah ke dalam kancah PD1 pada tahun 1914.

Kelemahan Liga Tiga Maharaja

> Perjanjian ini ditandatangani oleh Rusia, Austria-Hungary dan Jerman sbg langkah mengasiangkan Perancis.

> Dimetrai antara Alexander II dari Rusia, Francis Joseph dari Austria-Hungary dan William 1 dari Jerman.

> Perjanjian ini menguntungkan Jerman kerana sekiranya diserang oleh Perancis ia akn mendapat perlindungan daripada sekutunya.

> Akan tetapi Bismarck tidak dapat berlaku adil terhadap kepentingan kedua-dua negara yang bersekutu setelah berlakunya krisis politik antara Rusia dan Austria-Hungary.

> Bismarck memihak kepada Austria Hungary

> Hal ini telah memberi ruang kepada Perancis untuk berbaik-baik dengan Rusia dalam usahanya mencari sekutu di Eropah.

> Walaupun Perjanjian Liga Tiga Maharaja ini dilihat untuk mengelakkan berlakunya peperangan besar di Eropah.

> Namun Jerman tidak dapat menggunakan dengan sebaiknya kerana telah mencetuskan permusuhan pula dengan Rusia dalam krisis Rusia-Austria-Hungary.

Krisis di Morocco 1905-06

> 1904- telah termetrai satu perjanjian yg dikenali Perjanjian Inggeri-Perancis atau Entente Cordiale.

> Britain iktiraf Perancis di Morocco manakala Perancis iktiraf Britain di Mesir.

> Perjanjian ini merupakan tamparan hebat buat Jerman dan mengecewakan Willam II.

> Jerman bertindak menyokong Sultan Morocco untuk kekal sbg negara merdeka.

> Matlamat dasar luar Jerman adalah untuk memastikan Perancis tidak dapat bertapak di Morocco.

> Jerman meminta supaya satu persidangan antarabangsa diadakan bagi mengkaji kedudukan Morocco. Perancis bersetuju untuk mengadakan persidangan antrabangsa di Algeciras pd tahun 1906 yang akn menentukan kemerdekaan dan keselamatan Morocco.

> Jerman percaya bahawa kebanyakan Negara-negara Eropah tidak mahu melihat Perancis menguasai Morocco.

> Namun sbaliknya, Britain, Italy, Russia dan Spanyol telah memberi sokongan supaya Perancis menguasai Morocco.

> Hal ini telah memberi tamparan hebat buat Negara Jerman.

Krisis Bosnia 1908

> Austria telah menguasai Bosnia daripada Turki sekaligus mengecewakan Serbia yang turut berminat ke atas wilayah tersebut.

> Impian Serbia untuk menubuhkan Pan Slav atau Serbia Raya musnah apabila Bosnia yang mempunyai penduduk Slav yang ramai telah dikuasai oleh Austria.

> Kedua-dua kuasa ini berusaha untuk mendapatkan Bosnia kerana kedudukan geografi Bosnia yg sangat strategic di kawasan Laut Adriatik.

> Tambahan pula Austria-Hungary dan Serbia tidak mempunyai lau.

> Serbia tidak berputus asa apabila cuba meminta sokongan dari sekutu kuatnya iaitu Russia bagi mendapatkan wilayah Bosnia.

> Lantaran itu, Russia memanggil persidangan bagi Perancis dan Britain untuk turut sama memberi sokongan.

> Perancis sedar Austria-Hungary disokong kuat oleh Jerman dan cuba mengelak untuk terlibat dalam pertikaian ini.

> British pula mahu mengekalkan hubungan baik dgn Jerman dan hanya memberi amaran sahaja kepada Jerman

> Sebenarnya bagi Rusia, selepas kekalahannya kpd Jepun mereka cuba mengelak konflik dan enggan berkomplot dengan Serbia bg menetang Austria.

> Keadaan ini menyebabkan Serbia begitu marah dan tidak berpuas hati dgn tindakan tersebut.

Krisis di Agadir 1911

> Tercetus apabila kapal perang Jerman tiba di Agadir pad Julai 1911 betujuan menggugut Perancis supaya membayar ganti rugi dlm bentuk wilayah sbg balasan kpd pengisytiharan penguasaan Perancis ke atas Morocco.

> Tentera perancis telah menguasai Bandar Fez pd April 1911 atas permintaan Sultan Morocco selepas berlakunya pemberontakan di sana.

> Jerman tidak mempunyai minat politik terhada Morocco kecuali dengan tujuan menjalinkan kerjasama dalam kegiatan ekonomi.

> Jerman tidak berpuas hati kerana Perancis tidak menghormati Perjanjian Algeciras apabila menghalang orang-orang Jerman drpd menjalankan aktiviti ekonomi diasana.

> Jerman menuntut supaya Perancis menyerahkan wilayah Congo di Afrika sbg balasan untuk memperakui penguasaan Perancis di Morocco.

> Britain pula tidak dapat berdiam diri apabila melihat kehadiran kapal perang Jerman di Agadir dan mengarahkan angkatan lautnya supaya bersiap sedia untuk membantu Perancis.

> Krisis ini dapat melihat perubahan dan pertambahan kuasa yang bertelagah diantara Jerman-Perancis dan juga Jerman-Britain.

> Britain berjaya menghalau kuasa Jerman dan pada masa yang sama telah termetrai perjanjian Jerman-Perancis yang memberi Jerman sebahagian wilayah French congo bagi mengelakkan konflik berterusan.

> Di Jerman sintimen anti Britain telah tercetus.

Krisis Balkan

> Peperangan Balkan, 1912-1913, kesan segera dari revolusi ‘Turki Muda’ yg menggalakkan bertambahnya perpecahan di negeri2 di Balkan dr Empayar Turki.

> Bulgaria mengisytiharkan kebebasan sepenuhnya dari Turki.

> Austria pula telah menguasai sepenuhnya wilayah Bosnia Herzegovina yang disatukan dalam Austria.

> Hal ini minimbulkan ketegangan antara Austria dan Serbia yang turut menaruh minat ke atas wilayah tersrebut. Serbia mendapat sokongan dari Rusia yang telah membuat persiapan perang untuk Bantu Serbia menghadapi Austria.

> Jerman telah memihak kepada Austria yg telah menghalang daripada berlakunya perang.

> Serbia, Greece, Montenegro dan Bulgaria berperang untuk merdeka dr Turki lalu menubuhkan Liga Balkan.

> Britain dan Jerman usahakan 1 persidangan di London dan sahkan pembahagian dan kemerdekaan Balkan.

> Serbia tidak puas hati dengan usaha kemerdekaan Albania krn wilayah itu penting untuk ke laut.

> Britain dan Jerman pula berusaha untuk pastikan Serbia tidak terlalu berkuasa.

> Perang Balkan ke2 juga telah belaku pada 1913 apabila Bulgaria menuntut hak ke atas sebahagian wilayah Mecadonia tetapi serbia enggan menyerahkannya.

> Bulgaria menyerang Serbia. Namun Serbia dibantu oleh Grecee, Romania dan Turki menyebabkan Bulgaria tewas dalam perang tersebut dan terpaksa menandatangani perjanjian Bucharest 1913.

> Kesan peperangan di semenanjung Balkan- bertambah buruknya hubungan Austria- Serbia.

> Austria memasukkan wilayah Bosnia Herzegovina kedalam empayarnya bertujuan menghalang cita2 Serbia menubuhkan Negara slav besatu merangkumiBosnia Herzegovina, Montenegro.

> Serbia menganggap langkah 1908 sebagai tindakan bermusuhan ke atas mereka. Dari segi lain Austria mendesak supaya Albania sebuah negeri merdeka di Laut Adriatik lantas di lihat menutup jalan laut bagi Serbia

> Jerman pula telah memberi jaminan sokongan kepada Austria sekiranya di serang oleh Serbia

Austria Hungary dan Serbia

> Austria Hungary Memasukkan wilayah bosnia sebagai sebahagian daripada wilayahnya pada 1908.Hal ini telah mencetuskan kemarahan Serbia yang bercita mewujudkan Serbia Raya yang menggabungkan bangsa Slav.

> Austria bimbang Serbia akan membangkitkan semangat kebangsaan Slav yang akan menggugat empayar Austria Hunggary.

> Jerman dari awal-awal lagi telah menyatakan sokongan terhadap Austria Hunggary atas semangat Pan-Jerman. Oleh itu Austria tidak takut untuk melancarkan perang.

> Serbia pula telah mendapatkan sokongan Rusia yang memang sejak sekian lama berdendam dengan Austria dan menyokong dasar Slav raya untuk kepentingan Rusia sendiri.

Jerman

> Selepas kejatuhan Bismark, benua eropah mula bergolak. Perimbangan kuasa yang diwujudkan BIsmark mula menjadi goyah dengan kejatuhan Bismark. Setiap negara mula menonjolkan kuasa masing-masing.

> Jerman mula bangkit menjadi kuasa yang kuat dalam persaingan mencari tanah jajahan. 1885 mula bergerak ke timur laut new guinea. 1890an rampas tanah jajahan Portugal.1899 mendapatkan kepulauan Mariana dan caroline daripada Sepanyol.

> Jerman telah menjadi negara yang paling berkuasa di Eropah. Pengeluaran arang batu telah meningkat daripada 89 juta tan pada tahun 1890 kepada 277 juta tan dalam tahun 1914 mengatasi negara eropah yang lain. Pengeluaran besi keluli Jerman juga telah melebihi gabungan keluaran Britain, Rusia dan Perancis. Hal ini telah memberi kelebihan kepada Jerman dalam menghasilkan kelengkapan perang. Hal ini telah membimbangkan kuasa-kuasa eropah yang lain.

> Jeman mula agresif membangunkan angkatan tenteranya. Tentera laut Jerman telah muncul sebagai tentera laut kedua paling kuat didunia selepas armada laut Britain. Hal ini telah menakutkan Britain sehingga memaksa Admiral British mengundurkan hampir semua skuadron kapal induknya dari pangkalan di luat negeri menjelang peperangan.

> Jerman juga telah bermusuh dengan British dalam krisis Parsi pada 1907. Jerman menyokong kemerdekaan Parsi.

> Selepas tahun 1900an, Sistem pendidikan Jerman mula menumpukan kearah melahirkan semangat nasionalisme yang menonjolkan cirri-ciri ketenteraan yang nyata. Persatuan belia diasuh supaya mengagung-agungkan peperangan dan ciri keperwiraan.

> Selepas 1911, Jerman mula mencabar Perancis di Morocco. Jerman menuntut Perancis menyerahkan wilayah Conggo kepada mereka. Seluruh Eropah sudah menjangkakan peperangan akan meletus, Cuma masanya sahaja yang belum dapat dipastikan. Tetapi kebanyakan negara Eropah sudah pun membuat persiapan untuk menghadapi peperangan.

Perancis

> Perancis menyertai perang dunia pertama adalah disebabkan perasaan dendam terhadap Jerman yang telah wujud sejak sekian lama.

> Dalam tahun 1859an, Perancis pernah berusaha mendapatkan luxemberg daripada Raja Belanda, tetapi usaha ini telah dihalang oleh Jerman yang dulunya dikenali sebagai Prussia. Ekoran bantahan Jerman tersebut, 1 kongres telah dbuat yang meletakkan Luxemberg sebagai sebuah kawasan bebas dan dijamin keselamatan.

> Perancis telah dimalukan oleh Bismark apabila Bismark menyiarkan surat-surat tuntutan wilayah yang dibuat oleh Perancis kepada dunia.

> Perancis ingin merampas balik wilayah Alasce Lorrain yang dirampas Jerman pada 1871dan mengembalikan semula maruah Perancis.

> Sekitar tahun 1887, sebanyak 5 kail percubaan telah dilakukan oleh Perancis bagi mendapatkan sokongan Tsar Rusia bagi mendapatkan kembali 2 wilayah yang terlepas ke tangan Jerman.

> Pada 1887 perancis telah menghantar pengintip yg berbangsa alscape bernama Schnaebele untuk mengintip Jerman di 2 wilayah tersebut. Walaubagaimanapun tindakan Perancis ini berjaya dikesan oleh Jerman. Hal ini menyebabkan hubungan Perancis-Jerman bertambah tegang.

> Muncul seorang penulis wanita iaitu Julliet Adam Lambert yang menhasilkan karya-karya yang membangkitkan perasaan anti Jerman. Beliau menyokong dasar perikatan dengan Rusia.

> Pada 1893, hasil daripada pemberian pinjaman wang kepada Rusia. Perancis berjaya mengadakan pakatan dengan Rusia. Hal ini telah memberi peluang yang baik kepada Perancis utk merampas kembali Alscape Lorraen.

> Pada 1911 Perancis telah dicabar oleh Jerman dalam krisis di morocco. Perancis telahpun menyediakan angkatan tentera yang kuat dari awl lagi sebagai persediaan perang

Britain

> Britain sejak sekian lama telah menguasai sebilangan besar dunia dan memiliki armada laut paling kuat didunia. Namun kebangkitan Jerman pada awal abad ke-20 telah menggugat kepentingan dan kemewahan yg dinikmati selama ini.

> Kekuatan negara Jerman dalam sektor perindustrian, perdagangan, dan ketenteraan telah mengatasi keupayaan Rusia dan Perancis malah telah berjaya menandingi Britain.

> Industri besi dan keluli Jerman menjelang 1914 telah melebihi gabungan pengeluaran Britain, Perancis dan Rusia. Hal ini telah membolehkan Jerman membesarkan angkatan tentera mereka dan menggugat keselamatan Britain.

> Dalam perang dengan Boer di di Africa selatan pada 1899, Jerman telah memberi sokongan kpd pejuang Boer menentang Britain.

> Kecewa dengan sikap Jerman, wujudnya perikatan Britain-Perancis pada 1904.

> Kebangkitan Jerman menyebabkan Britain tidak boleh berdiam diri. Dalam krisis di Morocco, Britain telah mempersiapkan angkatan perang mereka untuk membantu Perancis sekiranya tercetusnya peperangan.

Rusia

> Rusia ingin meluaskan pengaruh di rantau Balkan. Pada 1853 tercetus perang crimea. Hajat Rusia telah disekat oleh kuasa-kuasa eropah yang lain.

> Setelah tercetusnya pemberontakan Bosnia pada 1975 dan pemberontakan Bulgaria pada 1876, Rusia dan Austria Hunggry mula membuat perancangan untuk membahagikan wilayah Balkan sesama mereka.

> Ekoran daripada krisis Balkan ini, Rusia telah melancarkan perang keatas Turki pada 1877 dan memenanginya. Melalui perjanjian Stefano Rusia telah diberi daerah yg lebih besar drp yg dipersetujui oleh Austria hunggary. Austria bantah.

> Perjanjian Berlin 1878 telah membahagikan daerah peninggalan Turki kpd 3 kuasa. Bosnia telah diletakkan dibawah pengaruh Austria Hunggary. Rusia tidak puas hati.

> Pada 1892 perikatan berdua antara Perancis-Rusia terbentuk bagi mengimbangi perikatan Jerman, Austria dan Itali.

> Rusia berusaha menjayakan dasr Slav raya.

> Pada 1888 Rusia pernah memohon pinjaman wang drp Jerman bagi mengelakkan Rusia drp muflis. Jerman tidak melayan permintaan Rusia. Hal ini menyebabkan Rusia beralih kpd Perancis. Banyak bantuan diberikan oleh Perancis.

> Tsar menentang rancangan pembesaran tentera Jerman dan telah wujud persefahaman antara Rusia, Perancis dan Britain. Oleh itu Rusia tidak teragak-agak utk berperang.

Kesimpulan

Perang dunia 1 berlaku adalah disebabkan oleh pelbagai faktor yang wujud sejak sekian lama. Peristiwa pembunuhan Franz Ferdinand hanyalah faktor semerta sahaja dan sekadar alasan semata-mata bagi menghalalkan perang oleh pihak yg berkepentingan. Perang ini sebenarnya berpunca daripada sikap negara-negara Eropah yang masing-masing yang cuba menonjolkan kekuasaan demi menjaga kepentingan bangsa mereka. Dalam hal ini juga semua pihak boleh dipersalahkan sama ada Jerman, Rusia, Perancis dan negara2 lain dalam mencetuskan PD1.

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK