Sistem Tanaman Paksa (Sejarah Kepulauan Asia Tengara)

PJJM Sharekan Nota tentang Sistem Tanaman Paksa (Kesan Ekonomi) sebagai rujukan pelajar pjj seluruh Malaysia dan pelajar bermajor sejarah - Sejarah Kepulauan Asia Tengara

1. Pengenalan tanaman baru

> Pihak Belanda telah memperkenalkan beberapa tanaman baru seperti tebu, kopi dan nila yang boleh dieksport. Banyak kesusahan yang terpaksa dialami antara tahun 1830 hingga 1860 untuk mencari tanaman asing ini. Namun, ia akhirnya membawa keuntungan kepada Pulau Jawa apabila sistem ekonomi yang lebih liberal telah diperkenalkan oleh pihak penjajah.

> Pulau Jawa juga telah dijadikan sebagai kawasan eksperimen. Antaranya Teh/Tea yang diimport dari China. Pada tahun 1826, telah membawa masuk biji benih dari Jepun dan melakukan eksperimen. Tidak ada banyak kemajuan dalam penanaman ini sehinggalah pada tahun 1873 apabila Assam Tea telah di anjurkan berjaya.

> Cth: Sebelum perang Pasifik meletus, Jawa dan Sumatera telah mengeluarkan 700 000 tan setahun, iaitu 18% dari eksport dunia.

> Penanaman Pokok Cinchono yang digunakan untuk merawat penyakit kuning juga telah diperkenalkan. Walaupun nilai perubatan telah lama diketahui namun ia hanya di tanam di Amerika Selatan iaitu harga yang tinggi tapi kualiti yang tidak bagus.

> Pada tahun 1854 kerajaan Belanda melalui J. K Hassa Karl (seorang German) dalam perkhidmatan Belanda telah membawa balik pokok ini dan ditanam di Jawa.

> Walaupun menunggu selama 20 tahun, pengeluaran pokok ini telah mendapat sambutan yang tinggi. Misalnya dari tahun 1875 sebanyak 500 tan dikeluarkan manakala pada tahun 1885 sebanyak 1000 tan. Dalam kurun ke-20 Pulau Jawa merupakan 90% kawasan/pusat pengeluaran dunia.

2. Memulihkan kewangan/perbendaharaan Belanda

> STP telah memenuhi matlamat kerajaan Belanda kerana telah membawa keuntungan yang besar kepada Belanda; keuntungan tanaman kopi dan gula.

> Keuntungan yang diperolehi membolehkan Belanda membayar hutang perang mereka kepada pihak British dan membiayai Perang Belgium. Cth: pada tahun 1831, belanjawan Belanda telah mencapai keseimbangan.

> Keuntungan yang diperolehi sebanyak 664 juta Guilder turut menguntungkan pihak Belanda:
i) 236 juta – melangsingkan hutang negara
ii) 115 juta – mengurangkan kadar cukai
iii) 153 juta – membina landasan keretapi
iv) 146 juta – membaiki tembok negeri Belanda

>Walaupun kemajuan ekonomi di Pulau Jawa pada masa itu maju, tapi kemajuan yang diperolehi itu adalah untuk orang asing sahaja. Bagaimana dengan masyarakat pribumi yang telah dipinggirkan?

3. Perkembangan infrastruktur

> Bagi pihak Belanda tujuan utama mereka adalah untuk mendapatkan hasil yang telah dikeluarkan dan penduduk pula terpaksa membina kemudahan infrastruktur yang moden seperti jalan raya, kalan keretapi. Kapal wap dan sebagainya.

> Hal ini secara tidak langsung telah mambawa keuntungan kepada penduduk di Pulau Jawa itu sendiri kerana mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik dan lebih moden.
> Semua keadaan ini adalah sangat penting untuk pasaran antarabangsa di Hindia Timur kerana jika tiada penenalan sistem ini maka mungkin sehingga kini Hindia Belanda masih lagi mundur dan terpisah jauh dari kemajuan dunia luar yang lain.

4. Perkembangan perusahaan perladangan dan eksport

> STP telah diperkenalkan kepada Jawa iaitu pertanian secara besar-besaran dalam bentuk ladang dan hasil-hasil perladangan ini akan dieksport. Telah berlaku perubahan dalam sistem pertanian iaitu sistem tanaman tradisional (sara diri) telah diubah kepada jenis pertanian ladang.

> Lebih banyak kawasan pertanian telah dibuka dan pendapatan penduduk berjaya ditingkatkan. Cth: Syarikat Perdagangan Netherlands telah berjaya menguasai 17 buah kilang kopi dan gula dan beberapa buah ladang yang lain. Pada keseluruhannya, kemajuan ekonomi di Pulau jawa telah dikuasai oleh kerajaan Belanda.

Khidmat Membuat Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK