Tugasan dengan footnote atau nota kaki yang betul

Tanah Adalah Faktor Utama Kenapa Wilayah Selatan Filipina Mahu Memisahkan Diri Daripada Negara Filipina, Sejauh manakah Pernyataan ini Boleh Dipertahankan

Pengenalan


Agama islam mula disebarkan di Filipina pada 1380, kedatangan Islam ke Kepulauan Filipina dapat ditafsirkan dengan pelbagai maksud, seperti kedatangan mubaligh – mubaligh Islam atau ketibaan pedagang – pedagang Islam.[1]Namun, seperti yang telah terpapar di dalam Tarsilas iaitu babad orang Moro, agama Islam telah disebarkan di Kepulauan Sulu oleh Mubaligh Arab yang bernama Mukdum. Mubaligh ini baru sahaja mendapat kejayaan yang begitu cemerlang dalam pengislaman Melaka sebelum pada itu.[2]

Maka disini adalah permulaan bagi asas pengislaman di Filipina. Selepas berlakunya penyebaran Islam di Sulu, orang – orang Filipina yang beragam Islam ini telah memainkan peranan untuk memperluas atau menyebarkan lagi agama islam ke kawasan – kawasan lain seperti penyebaran atau penaklukan di Kepulauan Mindanao. Mindanao di Islamkan oleh seorang pemimpin Islam dari Johor. Dikatakan, agama Islam begitu kukuh di Kepulauan – kepulauan Filipina termasuk Manila. Pada tahun 1571, Manila telah diperintah oleh orang Islam. Namun, menjelang 1570, keagungan atau keutuhan orang Islam telah dicabar oleh Sepanyol yang menjurus kepada satu peperangan agama yang menyaksikan kekalahan orang Islam di Manila. Akibat daripada peperangan ini, agama Islam tidak lagi dapat disebarkan ke Utara.

Selepas daripada peperangan tersebut, orang – orang Islam tidak lagi berada dikawasan Utara Filipina dan mereka telah disekat dikawasan Selatan Filipina[3] yang mana kawasan tersebut 1/3 daripada seluruh Filipina. Antara kawasan – kawasan yang masih di bawah pengaruh atau kekuasaan ummat Islam ialah Catabato, daerah, kota zamboaga, basilan, lanao, sulu, palawan dan daerah – daerah serta pulau – pulau sekitarnya.[4] Dengan menduduki kawasan – kawasan Selatan, mereka telah terasing daripada segala aspek berbanding dengan kawasan Utara. Dan Filipina Selatan telah bertekad untuk memisahkan diri daripada Filipina Utara diatas beberapa faktor. Iaitu faktor tanah yang mana faktor ini menjadi faktor utama untuk Filipina Selatan bebas daripada Filipina Utara. Selain daripada faktor tanah, terdapat satu lagi faktor yang sememangnya penting untuk turut dibincangkan.

Faktor – faktor yang menyebabkan Filipina Selatan Mahu Memisahkan Diri Daripada Filipina Utara Tanah Tidak dapat dinafikan, tanah sememangya menjadi faktor utama dalam penyebab kepada Filipina Selatan mahu memisahkan diri daripada Filipina Utara . Hal ini kerana, keadaan Filipina Selatan yang sentiasa terpinggir daripada pembangunan yang sepatutnya dirasainya. Ketidak adilan telah berlaku dan rakyat Filipina Selatan sentiasa berada dalam keadaan yang tertekan. Hal ini di sebabkan oleh, rakyat Filipina Selatan turut dikenakan cukai oleh Pihak kerajaan yang mana pada masa itu dikuasai oleh Filipina Utara yang mendapat sokongan daripada Barat. Walaupun rakyat Filipina Selatan membayar cukai yang dikenakan, cukai yang dibayar itu tidak digunakan secara adil. Hasil cukai tersebut hanya digunakan untuk pembangunan bahagian Utara sahaja.[5]

Hal ini menyebabkan kawasan Utara jauh lebih maju berbanding dengan kawasn Selatan yang mana di kawasan Selatan hanya dipenuhi dengan hutan – hutan dan pokok – pokok kelapa sahaja, ini kerana Barat menganggap Filipina Selatan adalah sebuah Negara yang berbeza atau Barat sifatkan sebagai “ Filipina lain “, sebab itulah segala pembangunan yang dijalankan di Filipina tidak sampai kekawasan Selatan, kerana bagi mereka bahagian Selatan adalah kawasan yang tidak tersenarai dalam pembangunan [6]. Dan disebab perkara inilah Filipina Selatan mahu memisahkan diri daripada orang Filipina Utara kerana mereka rasa tertindas berada dibawah pemerintahan yang dimonopoli oleh orang Filipina Utara. (Tugasan ini separuh je, tugasan lengkap hak milik Admin)

[1] Cesar Adib Majul, Islam Di Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka,1998, hlm 51 [2] Gregoroi F. Zaide, Sejarah Politik Dan Kebudayaan Filipina, Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1978, hlm 59
[3] Onofre D. Corpuz, Filipina, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Puataka, 1972, hlm 29
[4] H.Mahbub Djunaidi, Pergolakan Ummat Islam Di Selatan Filipina, Bandung : Pt Alm’arif, ( t.t ), hlm 5,6
[5] Ibid, hlm 7 [6] Kusigar Nadeak, Revolusi Damai : Rekaman Kemelut Di Filipina, Jakarta : Puataka Sinar Harapan, 1986, hlm 166.

>> Tugasan dengan footnote atau nota kaki yang betul !

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK