Monday, January 4, 2010

Intellectual Islamic History


Kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah

-1528 M, Kerajaan Bani Abbasiyyah berdiri selama lebih 500 tahun (750-1258) telah mengalami keruntuhan. Keruntuhan ini menandakan berakhirnya sebuah kuasa dunia ketika itu yang pada suatu ketika mencapai pembangunan material dan intelektual yang dikagumi.

-Kejatuhan kerajaan ini disebabkan dua faktor iaitu faktor dalaman dan faktor luaran, bukan hanya faktor luaran seperti yg dipercayai selama ini.

-Sekiranya kita lihat faktor luar- cabaran terbesar yg dihadapi umat Islam umumnya & Kerajaan Bani Abbasiyyah khususnya ialah ancaman daripada gerakan Salibiyah dan Puak Mongol Tartar.

-Gerakan Sabiyah merupakan siri peperangan golongan Kristian Eropah dengan kaum Muslimin sepanjang tahun 1097-1292. Tempoh dua abad itu menyaksikan umat Islam menghadapi tujuh kali Perang Salib yang daripada suatu segi memperlihatkan kemenangan tetapi daripada suatu segi lain sebenarnya suatu kekalahan bagi umat Islam.

-Daripada segi ketenteraan umat Islam berjaya menewaskan puak Kristian, tetapi daripada segi jangka panjangnya puak Kristian banyak mengaut keuntungan hasil daripada pertemuannya dengan tamadun dan ilmu pengetahuan yang dicapai oleh orang-orang Islam.

-Kesannya peperangan dua abad itu berjaya mencelikan mata orang-orang Eropah dari zaman Pertengahan yang pada ketika itu umat Islam berada di puncak kegemilangan tamadun duniawi dan ilmu pengetehauan sekular.

-Walaupun tewas, pertembungan dengan Dunia Islam itu membolehkan mereka membawa pulang khazanah ilmu pengetahuan ke Eropah.

-1528 tentera Mongol pimpinan Hulagu Khan berjaya memusnahkan Kota Baghdad (Pusat Kerajaan Bani Abbasiyyah) dari bahagian Timur dan panglima Yajunus dari sebelah barat.
Share this article :