Wednesday, February 17, 2010

Sejarah Politik Malaysia Tradisional


Bincangkan tindak balas pribumi terhadap campur tangan British di Pahang, Kelantan dan Terengganu.

Sebelum tahun 1874, British mengamalkan polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Pegawai-pegawai British diarahkan supaya hanya menumpukan perhatian di Negeri-negeri Selat. Tujuannya ialah untuk mengelakkan permusuhan dengan Siam kerana Negeri-negeri Melayu khususnya Negeri-negeri Melayu Utara yang diakui sebagai negeri-negeri naungan Siam. 

Tetapi selepas tahun 1874, British mula mengubah polisinya terhadap Negeri-negeri Melayu dari dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan. 

Pada mula-mulanya, British campur tangan di Perak, Selangor, Sungai Ujong dan Pahang. Seterusnya, campur tangan mereka merebak ke negeri Kelantan dan Terengganu selepas Perjanjian Bangkok 1909 ditandatangani.

Campur tangan mereka di negeri-negeri tersebut telah membawa kepada perubahan pelbagai aspek dalam negeri tersebut. Keadaan ini telah menjejaskan kepentingan penduduk pribumi dan akhirnya mereka bangun bertindak untuk menentang pemerintahan British. 

Di Pahang, perlantikan J.P. Rodger sebagai Residen Inggeris pertama amat tidak disenangi oleh pembesar-pembesar terutamanya Dato’ Bahaman dan Tok Gajah. Mereka ini pernah membantu Wan Ahmad dalam Perang Saudara (1857-1863) untuk merebut takhta kerajaan daripada abangnya, Wan Mutahir.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan khidmat membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.
Share this article :