Kecergasan Fizikal

Dalam sukan, perancangan yang teliti penting bagi membantu meningkatkan prestasi dan untuk pencapaian kejayaan atlet. Oleh yang demikian, perancangan program latihan yang mantap perlu disesuaikan dengan tahap kemahiran dan keperluan sukan atlet terlibat bagi memaksimumkan pencapaian kesan latihan.

Semasa merancang program latihan, penetapan matlamat penting bagi penentuan pencapaian prestasi. Oleh itu program latihan perlu dirancang dengan teratur mengikut prinsip latihan yang sistematik. Program latihan boleh dibahagikan kepada tiga fasa yang berbeza, iaitu, fasa persediaan, fasa pertandingan dan fasa transisi.

Berikutan dengan itu, anda dikehendaki merancang SATU fasa persediaan umum dalam Program Latihan untuk sepasukan atlet yang mewakili sekolah dalam sukan dan permainan. Perancangan kerangka fasa persediaan umum bagi Program Latihan tersebut perlulah sesuai untuk dilaksanakan secara sistematik untuk jangka masa 6 minggu.


Sehubungan dengan itu, anda juga dikehendaki menyediakan jadual latihan bagi SATU minggu dengan kaedah latihan fizikal yang sesuai dijalankan bagi fasa persediaan umum dalam Program Latihan sukan pilihan anda.

Setiap satu sesi latihan haruslah merangkumi:

· Pengenalan dan kaedah latihan

· Objektif khusus latihan

· Aktiviti memanaskan badan

· Prosedur pelaksanaan latihan

· Aktiviti menyejukkan badan dan perbincangan


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK