Tuesday, November 6, 2012

Program Bersepadu Sekolah Sihat


Program Bersepadu Sekolah Sihat (PBSS) diwujudkan sejajar dengan hasrat dan wawasan Negara untuk melahirkan rakyat yang sihat, produktif dan berkualiti. Program ini antaranya bertujuan untuk memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria, selamat dan sihat. Disamping membina persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan cara hidup sihat, program yang terancang dan bersepadu ini juga bertujuan untuk memupuk pengetahuan, sikap dan bertanggungjawab ke arah amalan penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

Oleh yang demikian, sikap dan amalan membina sahsiah warga sekolah yang murni perlu dibentuk secara optimum oleh pihak sekolah. Amalan ini perlu agar dapat membawa kesejahteraan keseluruhan individu dari aspek mental, fizikal, emosi dan sosial.

Sebagai Ahli Jawatankuasa PBSS sekolah, anda dikehendaki meninjau tahap pengetahuan dan kemahiran kesihatan murid anda. Sehubungan itu, anda dikehendaki melakukan:

1. Satu tinjauan menyeluruh berkaitan kemahiran kesihatan diri yang merangkumi aspek berikut:

· Kesihatan diri

· Kesihatan pergigian

· Senaman dan kecergasan

· Makan secara sihat

· Anatomi dan fisiologi tubuh badan

· Pertolongan cemas

· Kesihatan mental dan sosial

2. Kenal pasti 30 orang murid di sekolah sebagai sampel untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan dan amalan mereka dalam meningkatkan kemahiran kesihatan diri.

3. Berdasarkan tinjauan yang telah anda lakukan, rumuskan secara analitikal dapatan soal selidik anda dan penambahbaikannya. 


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Share this article :