Bahasa Malaysia

1. Bahasa Melayu sepatutnya menjadi bahasa yang dapat mengungkapkan kreativiti pemikiran dan kebudayaan Malaysia dalam menuju era dunia tanpa sempadan dan ledakan teknologi maklumat. Bahasa Melayu bukan sahaja berperanan sebagai alat peniup semangat nasionalisme bangsa tetapi juga sebagai alat pembangunan negara.

Sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka, anda ditugasi menyediakan laporan untuk memantapkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan rakyat dan memartabatkannya dalam bidang kehidupan. Laporan itu akan diserahkan kepada Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Kesedaran tentang alam sekitar pada masa ini semakin bertambah baik dibandingkan dengan kesedaran pada sepuluh tahun dahulu. Kemajuan besar dalam hal ini banyak mendatangkan perubahan dalam pelbagai kegiatan manusia yang memberikan sumbangan pada alam sekitar. Namun begitu, isu-isu berkenaan alam sekitar ini mempunyai pelbagai bentuk dan banyak perkara baru muncul sementara masalah yang lama masih belum dapat ditangani dengan berkesan.

Sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Alam Sekitar, anda diminta menyediakan laporan tentang usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berkenaan dengan kelestarian alam sekitar. Laporan anda ini diserahkan kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.

3. Kes buli siber yang semakin menular di sekolah merupakan satu lagi cabaran baru kepada warga pendidik dan ibu bapa untuk bekerjasama dalam menangani masalah disiplin dalam kalangan pelajar. Penyebaran maklumat palsu, tulisan berbentuk cercaan, menghina dan mengugut melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Internet serta rakaman video yang disebarkan boleh memberikan kesan emosi secara langsung kepada pelajar yang menjadi mangsa.

Sebagai Guru Disiplin di sekolah, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang situasi ini dan langkah yang harus dilakukan dalam usaha membanteras masalah buli siber ini. Laporan ini hendaklah diserahkan kepada Menteri Pelajaran Malaysia.

4. Barangan tiruan jenama terkenal sudah lama membanjiri pasaran di Malaysia sehingga rakyat Malaysia sendiri tidak dapat membezakan barangan asli dengan barangan tiruan. Keadaan ini mengundang pelbagai masalah.

Sebagai Pegawai Penyelidik di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, anda dikehendaki menyediakan laporan tentang permasalahan tersebut dan langkah-langkah untuk mengatasinya. Laporan anda itu akan dihantarkan kepada Menteri di kementerian yang berkenaan.

5. Seorang ibu dapat membesarkan sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum pasti dapat menyara seorang ibu. Kini, bukan sahaja bayi yang belum mengenal erti hidup dibunuh, malahan ibu bapa yang telah bertungkus-lumus membesarkan anak-anak turut disisih oleh anak kandung sendiri. Mengapakah hal ini berlaku pada waktu kita sudah memahami erti ketamadunan? Adakah nilai kasih sayang dan hati budi masyarakat Malaysia sudah luntur?

Sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Kemajuan Masyarakat, anda ditugasi menyediakan laporan lengkap tentang permasalahan tersebut untuk dikemukakan kepada Menteri di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK