Buku Pentadbiran Awam Malaysia

Buku Pentadbiran Awam Malaysia Jilid 1 ini ditulis oleh Wan Azmi Ramli. Buku ini wajib dimiliki oleh pelajar yang mengambil jurusan pentadbiran awam, sains politik dan beberapa jurusan lain yang berkaitan.
Buku ini mempunyai 696 halaman bercetak iaitu agak tebal dan sudah pasti mengandungi banyak maklumat berguna untuk membuat assigment sama ada untuk pelajar sepenuh masa mahupun pelajar pendidikan jarak jauh. Sekiranya berminat boleh SMS/Whatsapp 014 587 5518.
Buku ini mengupas tentang Pentadbiran sosial iatu dari aspek analisis pentadbiran, struktur, profesional, pengajian perbandingan, perkhidmatan sosial, perubahan sosial dan kemiskinan.
Dalam pada itu buku ini juga mengupas tentang Dasar iaitu dasar sosial,awam dan cara menggubal dasar. Oleh itu, maklumat ini sangat penting kerana kerap di tanya dalam peperiksaan.
Antara lain buku ini juga menyentuh tentang pembangunan masyarakat iaitu dalam proses pembangunan, birokrasi dan perubahan.
Bagi pelajar yang memerlukan rujukan dalam menyelesaikan assignment yang mengetengahkan tajuk kepimpinan dan kuasa buku ini jawapannya. Hal ini kerana setelah membaca buku ini admin mendapati buku ini jelas menerangkan tentang apakah kepimpinan, kesan-kesan, asas membentuk, beberapa perilaku kepimpinan kuasa dan hukum syariah.
Maklumat tentang pentadbiran awam sudah tentu ada antaranya ialah tentang pemikiran startegik, kerajaan dan pentadbiran, fail meja, pekeliling perkhidmatan, kod etika, piagam pelanggan, piagam BN dan meningkatkan mutu.
Selain itu,buku ini juga mengetengahkan tentang pentadbiran kakitangan yang menyentuh aspek fungsi, dasar tenaga manusia, perancangan, halacara pembangunan kakitangan, KWSP, Perkeso dan Kesatuan Sekerja.
Bagi mereka yang mencari-cari maklumat tentang Organisasi dan korupsi buku ini adalah pilihan yang terbaik. Ini kerana buku ini mengupas tentang nilai, model, gaya kepimpinan, konsep organisasi rasmi, struktur dan rasuah.
Bagi pelajar yang memerlukan maklumat tentang Pendorongan pula, maklumat tentang Teori Libido, Psikologi Pengindividuan, Psikologi Analisaan dan Psikologi Bertujuan sememangnya terdapat dalam buku ini.
Selain itu terdapat juga Teori Pysychology, Teori Kesahsiahan, Teori Cerakinkan Jiwa, Teori Pematangan, Teori Pembelajaran, Emosi, Teori Penyaluran Naluri, Teori Mat Jenin, Teori Pengurusan Sainstifik, Teori Keagungan Diri, Teori Pendorong Bahagia, Teori X dan Y.Dalam pada itu turut diketengahkan juga ialah Petak Pengurusan, Suasana Keorganisasian, motivasi dan perlakuan kerja serta motif dan halacara.
Selain itu buku ini juga sangat sesuai sekiranya anda memerlukan rujukan tentang tajuk birokrasi. Dalam buku ini telah dibuat perbezaan antara persatuan dengan birokrasi. Sambil itu, turut disentuh juga tentang pentadbiran Taktik Scarecow.
Memandangkan buku ini tebal iaitu 696 page maka ia juga turut mengetengahkan tentang Perancangan, penyelidikan, penilaian, komunikasi, keputusan, penyelesarasan, belanjawan dan teori robot.
Keseluruhan tidak rugi untuk anda semua memilikinya, harga yang berpatutan dan jauh lebih murah bajetnya berbanding harga smartphone iphone, samsung dan sebagainya yang anda gunakan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK