Asia Tenggara Abad Ke-20

1. Bincangkan kepentingan Asia Tenggara kepada kuasa barat sehingga membawa kepada aktiviti imperialism di rantau tersebut. 

2. Analisakan perkembangan penting masyarakat di Asia Tenggara dalam tempoh antara dua Perang Dunia 1918-1940. 

3. Bandingkan perkembangan sosial dan politik yang berlaku dalam kalangan negara-negara tanah jajahan barat di Asia Tenggara ketika meletusnya Perang Dunia Kedua 1939-1945. 

4. Kegagalan dalam mematuhi persetujuan yang dicapai dalam persidangan Versailles tentang Indochina pada 1956 membawa kepada persaingan terbuka antara golongan komunis dengan antikomunis di Vietnam. Bahaskan. 

5. Persidangan Afro-Asia di Bandung 1955 yang dianjurkan oleh negara-negara berkecuali, merupakan reaksi kepada Persidangan Manila yang membawa kepada penubuhan Southeast Asia Treaty Organization (SEATO) pada 8 September 1954. Bandingkan keberkesanan dua gerakan tersebut sehingga 1975. 

6. Kemerdekaan yang dicapai negara rantau Asia Tenggara selepas Perang Dunia Kedua membawa kepada pertikaian persempadanan antara negara-negara yang berjiran di Asia Tenggara. Nilaikan. 

7. Indonesia merupakan antara negara di Asia Tenggara yang terlibat dalam perebutan wilayah selepas kemerdekaannya. Bincangkan usaha yang dilaksanakan oleh negara tersebut untuk menguasai Timor Timur sehingga tahun 1975. 

8. Penubuhan ASEAN pada 1967 bertujuan untuk memupuk kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan anggotanya. Analisakan pencapaian pertubuhan tersebut sehingga tamatnya Perang Dingin 1990. 

9. Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh gerakan pemisahan Timur Timor (Timur Leste) sejak 1976 sehingga kejayaannya membentuk sebuah negara sendiri pada 2002. 

10. Salah satu cabaran kepada keutuhan negara-negara Asia Tenggara ialah kemunculan gerakan pemisahan wilayah. Analisakan Gerakan Pemisah di Aceh, Selatan Thai dan Selatan Filipina sehingga 1990an. 

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.




Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK