Pembangunan Politik Malaysia

1. Himpunan bersih menuntut empat perkara iaitu pilihan raya yang bersih, tadbir urus yang bersih, penjimatan ekonomi dan memelihara hak untuk perbezaan pendapat telah diadakan pada 29 Ogos 2015. Manakala himpunan baju merah (himpunan rakyat bersatu) yang dikatakan lebih cenderung untuk memelihara hak orang Melayu telah diadakan pada 16 September 2015. Analisiskan pandangan anda secara kritikal dari sudut faham perkauman dalam politik Malaysia.

2. Kerajaan negeri Pulau Pinang dikuasai oleh Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan DAP sejak 2008 dan kerajaan persekutuan dilihat tidak begitu gembira dengan fenomena tersebut. Bahaskan secara kritikal sama ada system federalisme menyumbang atau tidak dalam mematangkan pembangunan politik Malaysia sebagai sebuah negara demokratik.

3. Gerakan Harapan Baru (GHB) dikatakan sebagai parti serpihan daripada Parti Islam Se-Malaya (PAS) dan telah diwujudkan setelah sebahagian besar daripada ahli jawatankuasa tertinggi PAS kalah dalam pemilihan muktamar tahunan PAS kali ke-61 pada 4-6 Jun 2015 yang bertempat di Kuala Selangor. Bahaskan pandangan anda secara kritikal adakah amalan sekularisme dalam konteks politik Malaysia telah meresap masuk ke dalam system pengurusan PAS walaupun pimpinan tertinggi parti tersebut mempertahankan Islam sebagai wadah kepimpinan mereka.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK