Sejarah Politik Malaysia Tradisional

1. Dalam konteks hubungan yang rapat antara Melaka dan Dinasti Ming pada kurun ke-15, Sejarah Melayu merekodkan perkahwinan antara Sultan Mansur Syah dengan puteri Hang Li Po. Bahaskan sama ada catatan mengenai Puteri Hang Li Po dalam Sejarah Melayu merupakan satu fakta atau lagenda. 

2. Bahaskan sama ada pendudukan British di Pulau Pinang pada 1786 adalah sah atau tidak. 

3. Huraikan bagaimana kemaraan British di Negeri-negeri Melayu Utara telah menamatkan hubungan politik antara Negeri-negeri Melayu Utara dengan Siam pada 1909. 

4. Pada pendapat anda, adakah faktor keadaan atau faktor peribadi residen yang membawa kepada kegagalan sistem residen? Jelaskan jawapan anda dengan merujuk kepada system residen di Perak. 

5. Bincangkan bagaimana perebutan takhta dan Perang Larut di Perak membawa kepada termeterainya Perjanjian Pangkor (1874). Apakah syarat dan kesan perjanjian tersebut? 

6. Pada September 1873, Lord Kimberly, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan merombak semula dasar tidak campur tangan British di Negeri-negeri Melayu. Sejauhmanakah anda bersetuju bahawa keperluan melindungi kepentingan perdagangan British membawa kepada campur tangan British? Bincangkan jawapan anda. 

7. Menurut K. G. Tregonning (1964: 138), kemerdekaan Johor adalah disebabkan oleh kebijaksaan dan kematangan politik pemerintah-pemerintahnya. Huraikan bagaimana Negeri Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar (1862-1895) berjaya menyekat cita-cita imperialisme British. 

8. Mengapakah Persetiaan Burney 1826 ditandatangani di antara pihak British dan pihak Siam? Jelaskan kesan-kesan Persetiaan Burney ke atas Perak dan Kedah. 

9. Bincangkan hubungan antara Sarawak dengan Britain di bawah pemerintahan ketiga-tiga Raja Putih Sarawak. 

10. Aktiviti politik orang Cina dan India di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua berkait rapat dengan perkembangan nasionalisme di China dan India. Bahaskan. 

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK