PEMBANGUNAN POLITIK MALAYSIA

1. Bincangkan perkembangan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa semenjak berlakunya peralihan kerajaan pusat buat pertama kalinya dalam sejarah negara selepas Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018. Apakah identiti keMalaysiaan makin merosot atau meningkat? Tumpukan jawapan anda kepada masalah polarisasi kaum dan hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat yang diterajui oleh Pakatan Harapan. 

2. Wujud pendapat bahawa fasa akhir pentadbiran Barisan Nasional telah dicemari oleh trend politik Islam konservatif tegar di Malaysia (rujuk umpamanya syarahan umum pelantikan profesor Ahmad Fauzi Abdul Hamid, ‘Islamisme dan Bahananya: Cabaran Besar Politik Malaysia Abad Ke-21,’ URL: https://www.academia.edu/36662927/Islamisme_dan_Bahananya_Cab aran_Besar_Politik_Malaysia_Abad_Ke21_Islamism_and_its_Discontents_A_Major_Challenge_to_Twentyfirst_Century_Malaysian_Politics_Siri_Syarahan_Umum_Pelantikan_Pr ofesor_Penang_Penerbit_Universiti_Sains_Malaysia_2018_. UMNO dan PAS pula secara umumnya memomokkan era ‘Malaysia Baru’ pimpinan kerajaan Pakatan Harapan sebagai bercirikan ‘Islam liberal.’ Bahaskan kedua-dua pendapat ini dengan tumpuan kepada isu hak-hak rakyat bukan Islam dalam sebuah negara majoriti Muslim. 

3. Semenjak tiga dekad yang lepas, dua tokoh utama yang mewarnai politik Malaysia ialah Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim. Bandingkan dan bezakan pendekatan dan impak kedua-dua ahli politik ini dalam pembangunan politik Malaysia masakini, dengan memfokuskan kepada aspek menangani masalah perkauman melalui tindakan afirmatif, pemerkasaan masyarakat sivil selaku agen pendemokrasian dan reformasi institusi pemerintahan.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINIuntuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK