STATISTIK UNTUK SAINS SOSIAL


Tugasan Berkumpulan ini mewakili 15% daripada markah keseluruhan pelajar. Baca arahan dengan teliti dan jawab semua soalan yang diberikan.
ARAHAN
Tugasan berkumpulan ini memerlukan penggunaan Sofware SPSS untuk menganalisis data. Berdasarkan data fail PJJ2020JAN yang dilampirkan, terdapat data untuk pelbagai pemboleh ubah yang mana merangkumi faktor-faktor yang mempengaruhi tahap kesihatan pelajar IPTA. Setiap kumpulan dikehendaki memilih pemboleh ubah yang bersesuaian untuk menganalisis data.
a) Setiap kumpulan dikehendaki membuat analisis data bagi LIMA (5) analisis inferensi berikut:
1) Pearson Correlation
2) Linear Regression
3) Independent T-Test
4) One Way ANOVA
5) Chi-Square

b) Bagi setiap ujian statistik di atas, terangkan perkara berikut:
1) Nyatakan pemboleh ubah bebas dan Pemboleh ubah terikat yang dipilih
2) Bina satu hipotesis untuk setiap analisis inferensi yang dijalankan.
3) Huraikan (buat interpretasi) setiap hasil daripada cetak analisis yang dilakukan.

Lampirkan hasil cetak bagi Output SPSS bagi setiap analisis yang dilakukan untuk tujuan interpretasi data secara deskriptif dan inferensi

Hidup pada abad ke 21 memerlukan kita untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, anda akan belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut.

Salah satu isu yang memerlukan perhatian kita adalah kelestarian alam sekitar. Dalam tugasan ini, anda dikehendaki untuk menggunakan kemahiran abad ke-21 yang dipelajari daripada kesemua topik dalam modul untuk menghuraikan jawapan untuk soalan berikut:

SOALAN:
Bagaimanakah Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education [CGED]) memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar?

ARAHAN SPESIFIK:
Anda dikehendaki menyertakan yang berikut dalam penulisan esei anda:
1-      PENGENALAN - Tulis latar belakang ringkas mengenai tugasan anda dan DUA objektif tugasan.
2-      ISI KANDUNGAN: Terdapat TIGA bahagian dalam isi kandungan seperti berikut:
a)      Bahagian a:  Tentukan SATU isu alam sekitar untuk diberi tumpuan.
Panduan menulis Bahagian A:
                    i.            Terangkan secara ringkas isu yang ingin anda fokuskan. Tulis secara khusus mengenai mengapa anda memilih isu ini.
                   ii.            Baca Topik 1 modul untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kursus. Anda akan mendapati bahawa anda akan belajar banyak kemahiran ketika melengkapkan tugasan ini.
                 iii.            Anda boleh membaca Topik 9 dan 10 untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang isu-isu tersebut.

b)     Bahagian B: Cari DUA buah video: satu tentang GCED dan satu lagi tentang isu yang dipilih.
Panduan menulis Bahagian B:
                    i.            Anda boleh membaca Topik 4 modul anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai menggunakan teknologi. Video tersebut mestilah tidak lebih dari 10 minit.
                   ii.            Cari video 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED).
                 iii.            Dapatkan juga video mengenai isu alam sekitar yang telah dipilih.
                 iv.            Tuliskan ulasan tentang interpretasi anda kepada setiap video. Sebagai contoh, apakah yang anda faham tentang video yang telah anda tonton?
                   v.            Anda boleh merujuk kepada Topik 5 dan 6 tentang bagaimana mengulas secara kreatif dan kritis maklumat yang telah anda kumpulkan.

c)      Bahagian C: Tuliskan cara-cara 3 dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global membawa manfaat kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu alam sekitar tersebut.
Panduan menulis Bahagian C:
                    i.            Huraikan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan isu alam sekitar yang telah anda pilih. Bincangkan bagaimana 3 dimensi konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar.
                   ii.            Cadangkan cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar yang telah dibincangkan sebelum ini melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global. Cari DUA artikel / laman sesawang untuk menyokong cadangan anda.

3-      KESIMPULAN: Tulis rumusan tugasan anda.
4-      REFLEKSI KENDIRI: Tulis nota refleksi tentang proses untuk menyiapkan tugasan ini.
5-      RUJUKAN: Petikan semua sumber (video, artikel / laman sesawang) dan tulis senarai rujukan. Baca Topik 2 tentang cara-cara menggunakan format APA.

[Jumlah: 60 markah]


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINIuntuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK