LEARNING SKILLS FOR 21ST CENTURY/ KEMAHIRAN BELAJAR UNTUK ABAD KE-21

Kehidupan dalam abad ke-21 memerlukan kita untuk melengkapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menghadapi cabaran abad ini. Oleh itu, dalam tugasan ini, anda akan belajar untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang relevan untuk menghadapi cabaran-cabaran tersebut. 
Salah satu isu yang memerlukan perhatian kita adalah kelestarian alam sekitar. Dalam tugasan ini, anda dikehendaki untuk menggunakan kemahiran abad ke-21 yang dipelajari daripada kesemua topik dalam modul untuk menghuraikan jawapan untuk soalan berikut: 

SOALAN: 

Bagaimanakah Pendidikan Kewarganegaraan Global (Global Citizenship Education [CGED]) memberi manfaat kepada masyarakat dalam menyelesaikan isu alam sekitar? 

ARAHAN SPESIFIK: 

Anda dikehendaki menyertakan yang berikut dalam penulisan esei anda: 

1- PENGENALAN - Tulis latar belakang ringkas mengenai tugasan anda dan DUA objektif tugasan. 

2- ISI KANDUNGAN: Terdapat TIGA bahagian dalam isi kandungan seperti berikut: 

a) Bahagian A: Tentukan SATU isu alam sekitar untuk diberi tumpuan. 

Panduan menulis Bahagian A: 

i. Terangkan secara ringkas isu yang ingin anda fokuskan. Tulis secara khusus mengenai mengapa anda memilih isu ini. 

ii. Baca Topik 1 modul untuk mendapatkan gambaran keseluruhan kursus. Anda akan mendapati bahawa anda akan belajar banyak kemahiran ketika melengkapkan tugasan ini. 

iii. Anda boleh membaca Topik 9 dan 10 untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang isu-isu tersebut. 

b) Bahagian B: Cari DUA buah video: satu tentang GCED dan satu lagi tentang isu yang dipilih. 

Panduan menulis Bahagian B: 

i. Anda boleh membaca Topik 4 modul anda untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai menggunakan teknologi. Video tersebut mestilah tidak lebih dari 10 minit. 

ii. Cari satu video tentang 3 dimensi konsep utama (kemahiran kognitif, sosio-emosi dan tingkah laku) dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global (GCED). 

iii. Dapatkan juga video mengenai isu alam sekitar yang telah dipilih. 

iv. Tuliskan ulasan tentang interpretasi anda kepada setiap video. Sebagai contoh, apakah yang anda faham tentang video yang telah anda tonton? 

v. Anda boleh merujuk kepada Topik 5 dan 6 tentang bagaimana mengulas secara kreatif dan kritis maklumat yang telah anda kumpulkan. 

c) Bahagian C: Tuliskan cara-cara 3 dimensi konsep utama dalam Pendidikan Kewarganegaraan Global membawa manfaat kepada masyarakat untuk menyelesaikan isu alam sekitar tersebut. 

Panduan menulis Bahagian C: 

i. Huraikan Pendidikan Kewarganegaraan Global dan isu alam sekitar yang telah anda pilih. Bincangkan bagaimana 3 dimensi konsep utama Pendidikan Kewarganegaraan Global dapat memberikan faedah kepada masyarakat dan menyelesaikan isu alam sekitar. 

ii. Cadangkan cara-cara untuk menyelesaikan isu alam sekitar yang telah dibincangkan sebelum ini melalui Pendidikan Kewarganegaraan Global. Cari DUA artikel / laman sesawang untuk menyokong cadangan anda.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.




Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK