PRINSIP KOMUNIKASI KORPORAT

TUJUAN 

Objektif tugasan ini adalah untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang bagaimana pengurusan reputasi memainkan peranan penting dalam industri komunikasi korporat hari ini. 

KEPERLUAN 

Reputasi sentiasa dianggap sebagai elemen paling penting dalam organisasi. Malah, sebuah syarikat kecil juga boleh menjadi sangat prihatin dengan reputasinya. Reputasi ditakrifkan oleh Cornelissen (2008) sebagai subjek kolektif yang mewakili imej masa lalu organisasi, (terhasil melalui komunikasi atau pengalaman masa lalu). 

Berdasarkan pernyataan di atas: 

Pilih SATU isu yang berlaku dalam setiap mana-mana DUA organisasi (tempatan dan/atau antarabangsa) yang anda ketahui atau sangat minati. Kedua-dua organisasi yang dipilih mestilah dari industri yang berbeza. Sebagai contoh, satu organisasi dari industri penerbangan dan satu organisasi dari industri kosmetik. Kemudian, analisis bagaimana pengamal komunikasi korporat menangani isu berkenaan dengan merujuk kepada reputasi organisasi tersebut berdasarkan perkara berikut: 



1. Bincangkan elemen-elemen utama dalam menguruskan isu-isu yang dipilih bagi membolehkan organisasi mengekalkan reputasinya. 

2. Pilih SATU model pengurusan reputasi. Kaitkan jawapan anda kepada organisasi pilihan anda. 

3. Mengurus reputasi memerlukan ketelusan, kepercayaan dan keterlihatan kepada kumpulan pemegang taruhnya. Bincangkan peranan pemegang taruh dalam menguruskan reputasi organisasi pilihan anda. Beberapa pemimpin korporat melihat pihak pemegang taruh luaran sebagai satu kelebihan dalam membina imej organisasi. Huraikan faedah menggunakan pihak pemegang taruh luaran dalam organisasi pilihan anda. 

Esei anda perlu disertakan dengan contoh-contoh, imej, petikan dll. Yang relevan untuk menyokong perbincangan anda. 

1.0 Pengenalan tentang reputasi dalam kajian-kajian komunikasi korporat. 

2.0 Huraian tentang SATU isu yang dipilih bagi SETIAP MANA-MANA DUA ORGANISASI (tempatan atau antarabangsa) yang anda biasa atau berminat dengannya. 

3.0 Perbincangan tentang elemen penting dalam menguruskan isu-isu yang dipilih bagi mengekalkan reputasi organisasi tersebut. 

4.0 Pilih SATU model pengurusan reputasi. Berikan jawapan anda kepada organisasi pilihan anda. 

5.0 Perbincangan tentang peranan pihak pemegang taruh dalam menguruskan reputasi organisasi pilihan anda. Menjelaskan tentang faedah menggunakan pihak pemegang taruh luaran dalam organisasi pilihan anda. Memberikan contoh-contoh dan rujukan. 

6.0 Kesimpulan. 

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK