Makroekonomi

Soalan 1 (35 markah) 

Teliti maklumat berikut dan jawab soalan a - g. Semua nilai ialah pada harga semasa untuk tahun 2019; tahun asas ialah 2010. 


Perbelanjaan penggunaan akhir swasta 720,000 
Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan 430,000 
Pelaburan kasar 250,000 
Eksport 330,000 
Import 289,000 
Perubahan stok -7,000 
KNK harga pasar 657,000 
Subsidi 88,000 
Cukai tidak langsung 132,000 
Pendapatan negara 589,000 

RM juta

Deflator KDNK 2019 112 
Deflator KDNK 2018 109 

Hitung: 

a. KDNK harga malar 2019 
b. KNK harga faktor 
c. Susutnilai 
d. Pendapatan faktor bersih dari luar negara

e. Kadar inflasi pada tahun 2019 
f. Kadar pertumbuhan KDNK benar pada tahun 2019 jika KDNK benar bagi tahun 2018 ialah RM 1,205,000,000j. 
g. KDNK per kapita jika bilangan penduduk pada tahun 2019 ialah 35,000,000. 

Soalan 2 (20 markah) 

Disebuah negara H, upah pekerja berjumlah RM 4150, pendapatan usaha persendirian berjumlah RM 2392, sewa persendirian adalah RM 520, untung syarikat berjumlah RM 683, bunga bersih berjumlah RM 228, cukai keatas pengeluaran dan import adalah RM 429, subsidi berjumlah RM 98, cukai tidak langsung berjumlah RM 51, susut nilai adalah RM 15, pendapatan faktor yang diterima dari luar negara adalah RM 650, dan pembayaran pendapatan faktor ke luar negara adalah RM 333. Berdasarkan data ini, kira
 a. Pendapatan Negara 
b. Keluaran Negara Bersih 
c. Keluaran Negara Kasar 
d. Keluaran Dalam Negara Kasar 

Soalan 5 (20 markah) Jadual di bawah ialah matriks pengganda model ekonomi 4 sektor.

a. Hitung perubahan setiap nilai pembolehubah endogenous kesan daripada ΔI* = - 180 

b. Hitung perubahan BERSIH setiap nilai pembolehubah endogenous kesan daripada perubahan serentak, X* = - 150 dan M* = 220

c. ΔT* = -125; sebesar manakah kerajaan perlu ubah G* agar kesan bersih 2 kejutan ini (ΔT* = - 125 dan ΔG* yang anda hitungkan) agar ΔC = 0? 

d. Oleh kerana 2 kejutan yang berlaku di (c), hitung perubahan BERSIH setiap pembolehubah endogenous.

Soalan 4 (16 markah) 

Tabungan adalah contoh kebocoran manakala pelaburan adalah contoh suntikan ke dalam carta aliran pendapatan. Kenalpasti: 

(a) dua lagi contoh bocoran 

(b) dua lagi contoh suntikan 

(c) untuk setiap contoh yang diberi, jelaskan kenapa pembolehubah tersebut diklasifasikan sebagai bocoran atau suntikan. 

Soalan 5 (9 markah) 

a. Terangkan TIGA sebab mengapa KDNK tidak selalu menjadi pegukur kesejahteraan ekonomi yang terbaik. 

b. Nilaikan dua ukuran kesejahteraan ekonomi yang lain dan bandingkannya dengan KDNK.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK