COMMUNITY SERVICE KHIDMAT MASYARAKAT

TUJUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai pengetahuan pelajar untuk mengaplikasi kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat mengaplikasi kemahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja secara berpasukan dan mempraktikan kemahiran pengurusan maklumat, projek dan keusahawanan.

KEPERLUAN

Khidmat masyarakat merupakan suatu aktiviti yang penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komunikasi dan persekitarannya. Perancangan khidmat masyarakat yang sesuai dapat memberikan impak kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah atau di peringkat nasional.

Sungguhpun Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah dilaksankan pada 10 Jun 2020 sehingga 31 Disember 2020 di Lembah Klang dan tempat-tempat lain di seluruh Malaysia (Ketika tugasan disediakan oleh pemeriksa) serta penjarakan fizikal sebagai langkah pencegahan ke arah pencegahan penularan pandemic dilaksanakan dalam ruangan tertutup.

Untuk tugasan ini, antara tema-tema projek dicadangkan yang dapat dilaksanakan di dalam ruangan tertutup (di rumah atau tempat kerja anda) termasuk:

(a) Tanggungjawab pendidikan

(b) Pembangunan komuniti

(c) Kesihatan

(d) Teknologi maklumat

(e) Keusahawan social

(f) Kesejahteraan masyarakat

(g) Sukan

PANDUAN UNTUK TUGASAN

1. Tugasan ini dapat dilengkapkan dengan melakukan aktiviti terancang yang diberikan seperti berikut:

a) Aktiviti 1- Perancangan dan pelaksanaan khidmat masyarakat dalam ruangan tertutup Bersama ahli keluarga atau rakan-rakan sekerja anda (jumlah ahli 3 – termasuk diri anda sendiri). Terhad kepada 4 muka surat sahaja.

b) Aktiviti 2- Rakaman video (Tempoh masa rakaman adalah antara 5 hingga 10 minit sahaja) Sila sertakan pautan capaian rakaman anda dalam tugsan anda.

c) Aktiviti 3 - Menulis jurnal reflektif. Terhad kepada 3 muka surat sahaja.

d) Aktiviti 4 – Menjawab soalan esei

Berikut adalah hari-hari antarabangsa yang disambut oleh orang-orang di seluruh dunia setiap tahun:

i) 17 Oktober: Hari Antarabangsa untuk Pembasmian Kemiskinan;

ii) 28 Mei: Hari Kelaparan Sedunia;

iii) 7 April: Hari Kesihatan Sedunia;

iv) 8 September: Hari Literasi Antarabangsa;

v) 25 November: Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita;

vi) 22 Mac: Hari Air sedunia;

vii) 22 Oktober: Hari Tenaga Sedunia;

viii) 5 Disember: Hari Sukarelawan Antarabangsa untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial;

ix) 21 April: Hari Kreativiti dan Inovasi Sedunia;

x) 20 Jun: Hari Pelarian Sedunia;

xi) 2 Oktober: Hari Tanpa Kekerasan Antarabangsa;

xii) 16 September: Hari Antarabangsa untuk Pemeliharaan Lapisan Ozon;

xiii) 5 Jun: Hari Alam Sekitar Sedunia;

xvi) 8 Jun: Hari Lautan Sedunia;

xv) 17 Jun: Hari Sedunia untuk Memerangi Desertifikasi dan Kekeringan;

xvi) 21 Mei: Hari Sedunia untuk Kepelbagaian Budaya untuk Dialog dan Pembangunan; dan

xvii) 20 Disember: Hari Solidariti Manusia Antarabangsa

Berdasarkan hari antarabangsa di atas dan halaman sebelumnya , sebagai sukarelawan, anda diminta untuk memilih SATU hari antarabangsa tersebut, cadangkan sekurang-kurangnya TIGA aktiviti yang anda ingin lakukan bersama ahli keluarga atau komuniti anda semasa era pandemic COVID-19. (Catatan: Soalan ini tidak berkaitan dengan Aktiviti 1-3 dalam tugasan ini). Terhad kepada 3 muka surat sahaja.

e) Persembahan keseluruah tugasan (Aktiviti 1-4).

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK