Peruncitan

Pilih satu perniagaan runcit yang beroperasi secara nyata/fizikal dan juga secara dalam talian pada masa yang sama. Demonstrasikan konsep peruncitan yang anda pelajari ke atas perniagaan runcit tersebut. Anda boleh nyatakan perkara-perkara seperti yang tertera di bawah sebagai panduan dalam menyiapkan laporan tugasan: 
A. Sejarah Perniagaan 

 Siapakah pengasas / pemilik perniagaan tersebut? 

 Berapa lamakah beliau telah berkecimpung dalam perniagaan tersebut? 

 Adakah perniagaan tersebut telah mengalami perubahan sejak ia dimulakan? Jika ia, apakah perubahan tersebut? 

 Apakah pernyataan misi perniagaan tersebut? 

B. Aspek-aspek Runcit 

 Sasaran Pasaran 

o Definisikan pelanggan perniagaan mengikut demografik 
o Kawasan / wilayah dagang – primer / sekunder/tertiari 

 Kepelbagaian Barangan 

o Apakah jenama utama yang dijual? 
o Adakah peruncit menjual sebarang jenama persendirian? 
o Pada tahap kitar hidup kategori yang manakah barangan peruncit ini tergolong? Mengapa? 
o Adakah peruncit tersebut menjual barangan keselesaan (convenience), membeli-belah (shopping), atau khusus (specialty)? 

 Sumber Manusia 

o Bagaimanakah jurujual dilatih/disediakan? 
o Adakah jurujual dibayar komisen, gaji atau upah mengikut masa? 
o Adakah jurujual dibenarkan mengamal jualan silang (cross sell) antara jabatan? 

 Adakah sebarang penyumberluaran (outsourcing) aktiviti perniagaan? 
 Lokasi Kedai 

o Di manakah lokasi perniagaan ini? (contohnya pusat membeli-belah, pusat khusus, d.l.l.)? 
o Pada pendapat anda, mengapakah lokasi tersebut dipilih? 
o Adakah tapak perniagaan tersebut mudah dicapai oleh pelanggan? 
o Adakah sebarang pajakan terlibat?

Penetapan Harga 
o Apakah polisi penetapan harga kedai tersebut? 
o Apakah amalan lain yang digunakan dalam persaingan harga (contohnya kupon, rebat, price bundling)? 
o Adakah peruncit tersebut menggunakan kaedah penetapan harga berorientasikan kos atau permintaan? 

 Adakah sebarang program kesetiaan pelanggan yang ditawarkan? 
 Campuran Komunikasi 
o Apakah jenis pengiklanan berbayar yang digunakan? 
o Apakah jenis komunikasi tidak berbayar yang digunakan (contohnya publisiti)? 
o Adakah peruncit menjalankan pengiklanan kooperatif? Jika ya, dengan siapa? 
o Apakah jenis promosi jualan yang digunakan oleh peruncit (contohnya jualan, sampel percuma, demonstrasi penggunaan produk, peraduan, d.l.l.)? 

 Susun Atur Kedai o Apakah jenis susun atur yang digunakan (grid/trek lumba/bebas/d.l.l.)? 
o Adakah ia berkesan terhadap aliran pelanggan? 
o Apakah jenis kelengkapan (fixtures) yang digunakan? 
o Apakah jenis pencahayaan (lighting) yang digunakan? 
o Adakah muzik sentiasa dimainkan? Jika ya, apakah jenis muzik yang dimainkan? Adakah ia menarik / menjauhkan pelanggan? 
o Apakah jenis haruman yang digunakan di kedai? Adakah ia menarik / menjauhkan pelanggan? 

 Perkhidmatan Pelanggan 
o Apakah jenis perkhidmatan yang ditawarkan? (contohnya pengubahsuaian, pembalutan hadiah, d.l.l.) o Temubual beberapa orang pelanggan. Apakah persepsi mereka terhadap kualiti perkhidmatan pelanggan yang ditawarkan? 
o Bagaimanakah kedai ini menangani aduan pelanggan? 
o Adakah kedai ini mengguna pakai kaedah pembeli misteri untuk memeriksa tahap perkhidmatan pelanggannya? 
o Adakah jurujual diberi kuasa untuk membuat keputusan / bergantung kepada pihak atasan? 

C. Kelebihan Kompetitif 
 Adakah sebarang perancangan dibuat untuk mengembangkan, menembusi, mempelbagaikan (diversify) atau mengubah format peruncitan dalam masa terdekat? 
 Adakah peruncit tersebut mempunyai kelebihan kompetitif berbanding kedai-kedai lain yang serupa dengannya? 
 Bagaimanakah peruncit tersebut dapat mengekalkan kelebihan kompetitif tersebut atau mencapai kelebihan kompetitif dalam persaingan?

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK