KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA

1. Semasa zaman remaja, kita akan dapat perhatikan perubahan pelajar remaja berinteraksi dengan keluarga, rakan dan rakan sebaya. Perkembangan sosial dan emosi setiap remaja adalah berbeza. Kombinasi pengaruh unik gen, perkembangan otak, persekitaran, pengalaman bersama keluarga, rakan, jenis masyarakat dan budaya akan mempengaruhi sosial dan emosi mereka seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas. Justeru, perubahan ini akan membentuk identiti untuk belajar menjadi dewasa.

Berdasarkan petikan di atas, anda dikehendaki melaksanakan perkara-perkara berikut:

(a) Bincangkan apakah itu perkembangan emosi dan perkembangan sosial? Kemudian, bincangkan LIMA perubahan sosial dan LIMA perubahan emosi yang sering berlaku dalam kalangan remaja dengan rujukan yang relevan dan terkini.

(b) Apakah isu-isu yang sering dialami oleh remaja sekolah? Syorkan bagaimana keluarga dan pihak sekolah dapat membantu golongan ini mengatasinya.

(c) Buat satu poster berkaitan dengan kemahiran sosial dan emosi remaja.


2. Situasi dalam rajah di atas sering berlaku dalam kalangan remaja yang memberontak terhadap apa-apa yang diperkatakan oleh orang dewasa. Sifat memberontak dan kedegilan remaja adalah ciri khas mereka dan boleh menjadi pengalaman yang sukar untuk dilalui keluarga atau guru di sekolah. Nasib baik, dalam kebanyakan hal, fasa remaja adalah sementara sahaja seperti juga zaman kanak-kanak!

Berdasarkan pernyataan di atas:

Imbau kembali satu situasi remaja yang memberontak atau menunjukkan rasa degil terhadap sesuatu perkara sama ada di rumah atau di sekolah. Secara kritis, kongsikan refleksi anda tentang tingkah laku memberontak dalam sesebuah anda atau keluarga orang lain seperti berikut: (i) perasaan anda tentang situasi yang berlaku ini, (ii) sebab perkara ini berlaku, (iii) bagaimana anda boleh laksanakan situasi ini dengan cara yang berbeza daripada apa yang telah anda pelajari, (iv) fikirkan bagaimanakah situasi yang berbeza ini boleh mengubah amalan anda?, dan (v) apakah akan berlaku sekiranya anda amalkannya dalam kehidupan anda?

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK