UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN

Soalan 1

Datuk Johan Ariff ialah seorang ahli perniagaan yang amat berjaya. Beliau adalah tuan punya tunggal Syarikat JA Enterprise. Selepas kematiannya keseluruhan Syarikat JA Enterprise telah diwarisi oleh anak tunggalnya En. Kamel. En. Kamel tidak berminat dalam urusan perniagaan. Beliau berniat untuk menjual perniagaan tersebut. En. Kamel telah menghantar surat tawaran kepada seorang jutawan En. Hassim pada 1 Mei 2016 yang berbunyi “Saya berminat untuk menjual Syarikat JA Enterprise kepada tuan dengan harga RM10 juta dengan syarat-syarat seperti berikut:

(a) Pindah milik ini hendaklah dibuat dalam tempoh 3 bulan.
(b) Bayaran hendaklah dibuat secara tunai.
(c) Semua pekerja syarikat hendaklah dikekalkan.

Jika En. Hassim bersetuju dengan tawaran ini, sila nyatakan penerimaan tuan secara bertulis. Tawaran ini adalah terbuka kepada En. Hassim sehingga 14 Mei 2016 pukul 5 pm. Selepas tarikh dan masa tersebut, saya andaikan En. Hassim sudah tidak berminat dengan tawaran ini.”

Pada 14 Mei 2016 pukul 8.30 pagi, En Hassim telah menghantar penerimaannya melalui faks yang berbunyi “Surat tuan bertarikh 1 Mei 2016 adalah dirujuk. Saya bersetuju dengan semua syarat-syarat yang pihak tuan tetapkan, walau bagaimanapun persetujuan pembelian saya adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:-

(a) Pihak penjual hendaklah menyelesaikan segala hutang sebelum pindah milik dilaksanakan.
(b) Taksiran harta hendaklah dilakukan oleh Tetuan Rahim & Co.”

Faks ini telah di terima oleh isteri En. Kamel pada pukul 8.35 pagi, 14 Mei 2016. Beliau terlupa untuk menyerahkannya kepada En. Kamel sehinggalah pada 16 Mei 2016. Dalam pada itu, apabila En. Kamel tidak mendapat apa-apa jawapan daripada En. Hassim, beliau telah menjual Syarikat JA Enterprise kepada En. Ramachandran pada 15 Mei 2016.

Nasihatkan En. Hassim samada beliau boleh membuat tuntutan ke atas En. Kamel bersabit dengan kemungkiran kontrak.

Soalan 5

Irene telah membuat pesanan lima puluh buah beg tangan kulit daripada pengedar tetapnya ViralBag Sdn Bhd. Kontrak jualan ini telah dibuat melalui sampel. Apabila beg-beg itu dihantar, Irene telah mendapati kesemuanya sama seperti sampel yang telah dilihatnya dahulu, beliau berpuas hati dengan keadaan beg-beg tersebut, Irene mendapati sedikit kerosakan padah sebahagian beg-beg tersebut yang mana ianya tidak dapat dilihat melalui pemeriksaaan biasa yang dilakukannya.

Apakah kedudukan kontrak tersebut di sisi Akta Jualan Barangan 1957? Apakah syarat-syarat yang terpakai sekiranya berlaku kontrak jualan melalui sampel tersebut? Nasihatkan Irene dengan berpandukan seksyen-seksyen dan kes yang berkaitan.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK