FINANCIAL ACCOUNTING PERAKAUNAN KEWANGAN

 

SOALAN TUGASAN

TUJUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk mempertingkatkan pemahaman pelajar tentang ciri-ciri kualitatif keperluan maklumat perkaunan dan mempertingkatkan kemahiran untuk urusniaga, menyediakan catatan jurnal, imbangan duga dan penyata kewangan.

KEPERLUAN

Anda dikehendaki menjawab Tugasan 1 dan Tugasan 2. Anda perlu menghantar kedua-dua tugasan dalam SATU fail sahaja.

TUGASAN 1: CLO1

Pilih satu syarikat yang tersenarai di Bursa dan capai laporan tahunan syarikat itu bagi tahun berakhir 2020.

Soalan 1:

Bincangkan bagaimana nilai ramalan dapat membantu pengguna-pengguna membuat keputusan yang lebih baik.

Soalan 2:

Berikan EMPAT (4) maklumat perakaunan dari laporan tahunan tersebut untuk menyokong perbincangan anda.

TUGASAN 2: CLO2

Jawab semua soalan dan tunjukkan jalan kerja terperinci anda dengan jelas dan sistematik.

Soalan 1:

Urus niaga-urus berikut telah direkodkan dalam bulan pertama perniagaan bagi Resewood Enterprise:

Taikh

Urus niaga-urus niaga

Sep 1

Puan Rosnah melaburakan tunai berjumlah RM20,000 ke dalam perniagaan beliau, benama Rosewood Enterprise.

Sep 3

Rosewood Enterprise membeli beberapa set perabot secara kredit pada harga RM2,500.

Sep 5

Rosewood Enterprise membeli peralatan bernilai RM350 secara kredit daripada Buzz Sdn. Bhd.

Sep 11

Rosewood Enterprise menerima RM475 tunai daripada pelanggan untuk perkhidmatan yang diberikan.

Sep 17

Puan Rosnah mengeluarkan tunai sebanyak RM100 daripaa perniagaan untuk kegunaan peribadinya.

 

Anda dikehendaki untuk menganalisa kesan-kesan urus niaga di atas terhadap persamaan perkaunan dengan menggunkan format yang diberikan di bawah:

Aset

=

Liabiliti

+

Ekuiti Pemilik

 

 

 

 

 

 

Soalan 2:

Menora Wealath Management menyelesaikan urus niaga-urus niaga berikut sepanjang bulan Disember di dalam tahunan semasa:

Tarikh

Urus niaga-urus niaga

Disember 1

                    2

3

4

 

8

 

10

14

18

 

27

 

30

31

Memulakan sebuah syarikat perkhidmatan perancangan kewangan dengan melaburkan tunai RM150,000 dan peralatan pejabat RM50,000.

Membeli RM12,000 peralatan pejabat secara kredit.

Membeli RM3,000 bekalan pejabat secara kredit.

Menyelesaikan perkhidmatan untuk seorang klien dan menerima bayaran RM9,000 tunai.

Menyelesaikan perkhidamtan Syarikat Bizara secara kredit berjumlah RM17,000.

Membayar pembekal untuk bekalan pejabat yang dibeli pada 3 Disember.

Membayar RM9,600 premium tahunan bagi satu polisi insurans.

Menerima bayaran penuh daripada Syarikat Bizara bagi perkhidmatan yang diselesaikan pada 8 Disember.

Pemilik mengeluarkan RM6,500 tunai daripada syarikat untuk membayar belanja peribadi.

Membayar tunai RM1,750 bagi bil utiliti Disember.

Menerima RM20,000 tunai daripada seorang klien untuk perkhidmatan kewangan yang akan diberikan tahun depan.

 

 

 

Dikehendaki:

a)         Menyediakan catatan-catatan jurnal untuk merekodkan semua urus niaga di atas.

b)         Pindah catat-catatan jurnal tersebut ke lejar tiga jalur.

c)         Sediakan imbangan duga pada 31 Disember 2020.

Soalan 3:

Semua baki-baki akaun bagi klinik Dr. Aiman pada 31 Disember 2020 adalah seperti berikut:

Akaun

Debit (RM)

Kredit (RM)

Tunai

11,400

 

Akaun belum terima

3,500

 

Insurans prabayar

3,150

 

Bekalan Klinik

1,250

 

Peralatan klinik

10,650

 

Susut nilai terkumpul-peralatan -Perlatan klinik

 

4,500

Premis klinik

144,750

 

Susut nilai terkumpul -Premis klinik

 

14,375

Tanah

138,500

 

Upah belum bayar

 

2625

Faedah belum bayar

 

2750

Nota belum bayar

 

127,000

Aiman, Modal

 

129,650

Hasil perkhidmatan

 

73,00

Belanja upah

9,000

 

Belanja utility

2,750

 

Belanja insurans

2,550

 

Belanja penyelenggaraan

5,125

 

Belanja faedah

12,750

 

Belanja susut nilai-Perlatan klinik

3,250

 

Belanja susut nilai-Premis klinik

1,500

 

Jumlah

353,900

353,900

 

Dikehendaki:

a)         Sediakan penyata pendapatan bagi tahun berakhir 31 Disember 2020.

b)         Sedikan penyata ekuiti pemilik bagi tahun berkahir 31 Disember 2020.

c)         Sediakan lembaran imbangan pada 31 Disember 2020.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab turnitin selalu tak lepas, takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK