NEGOTIATION COMMUNICATION

Organisasi anda dijadualkan untuk mengendalikan satu persidangan perundingan perniagaan yang penting berkenaan perancangan perniagaan organisasi anda pada masa depan. Pertemuan ini akan melibatkan beberpa siri perundingan dengan organisasi dari Eropah dan Timur Tengah. Untuk mengendalikan beberapa sesi perundingan ini, anda dipertanggungjawabkan untuk memberi cadangan, mengatur lokasi (venue) dan masa untuk menjayakan perjumpaan ini. Cadangan anda perlulah bersesuaian dengan para tetamu yang akan menyertai persidangan tersebut. Berdasarkan senario 1 di atas;

1. Sila kemukakan SATU (1) cadangan lokasi dengan memberi nama lokasi tersebut, latar belakang ringkas lokasi dan mengapa ia adalah lokasi paling strategik untuk diadakan persidangan perundingan perniagaan tersebut.


2. Bincangan EMPAT (4) justifikasi terbaik cadangan pemilihan lokasi anda.


3. Huraikan DUA (2) kemungkinan yang bakal timbul sekiranya lokasi yang dipilih adalah tidak sesuai atau tidak disenangi oleh mana-mana pihak.


Anda adalah seorang pengurus yang baharu dilantik di sebuah syarikat. Andaikan bahawa anda telah terpilih untuk menjadi salah seorang ahli kumpulan yang bakal mewakili negara anda dalam satu perundingan yang telah diaturkan oleh Biro Hal Ehwal Perdagangan dan Budaya, Kementerian Dalam Negeri Amerika Syarikat. Dipermulaan program tersebut, anda telah mendapati terdapat beberapa kesukaran dalam menyesuaikan diri kepada persekitaran yang berpunca daripada perbezaan budaya. Ahli-ahli delegasi daripada negara lain menghadapi kesukaran dalam memahami percakapan anda dan sering kali tersalah tafsir isyarat-isyarat tubuh dan niat sebenar anda. Disebabkan anda adalah daripada benua Asia dan Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda anda, anda telah menyedari akan keperluan untuk menukar cara anda berkomunikasi di dalam sebuah negara asing, yang berbahasa ibundakan Bahasa Inggeris. Anda telah belajar untuk meniru dialek bahasa yang digunakan dan memerhatikan bahasa badan mereka apabila mereka sedang bercakap. Setelah beberapa ketika, anda merasakan diri anda lebih selesa dan berkeyakinan setelah anda berjaya membina kecekapan komunikasi antara budaya yang baik. Anda berupaya untuk bergaul mesra bersama perwakilan daripada negeranegara lain, terutamanya negara-negara barat. Apabila program tersebut telah tamat, anda diperlukan untuk merenung kembali dan berkongsi pengalaman anda dalam mengatasi cabarancabaran yang anda telah hadapi sepanjang berlangsungnya program tersebut dan menceritakan bagaimana anda dapati kesan atau impak aspek budaya dalam sesebuah hasil perundingan. Bagi tujuan ini, anda telah memutuskan untuk memberi fokus kepada aspek komunikasi bukan lisan. Dengan perbandukan senario di atas;


1. Bincangkan EMPAT (4) tindakan yang sepatutnya anda lakukan apabila anda dilantik sebagai salah seorang ahli dalam kumpulan perundingan yang bakal mewakili Malaysia.


2. Huraikan DUA (2) strategi komunikasi yang sepatutnya anda gunakan semasa fasa pertama bagi mengurangkan perbezaan budaya.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab TURNITIN selalu tak lepas, takda idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK