COMMUNITY SERVICE KHIDMAT MASYARAKAT

TUJUAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai pengetahuan pelajar untuk mengaplikasi kemahiran dan tanggungjawab sosial dalam masyarakat; mengaplikasi kemahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja secara berpasukan; dan mempraktikkan kemahiran pengurusan maklumat, projek dan keusahawanan.

KEPERLUAN

Khidmat masyarakat merupakan suatu aktiviti yang penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti dan persekitarannya. Perancangan khidmat masyarakat yang sesuai dapat memberikan impak kepada masyarakat sama ada di peringkat daerah ataupun di peringkat nasional.

Semasa pemeriksa menyiapkan tugasan ini, jumlah kes Covid-19 di Malaysia masih sekitar 4,000-6,000 setiap hari. Walau bagaimanapun, aktiviti khidmat masyarakat masih boleh dilaksanakan dalam ruangan tertutup.

Untuk tugasan ini, antara tema-tema projek dicadangkan yang dapat dilaksanakan di dalam ruangan tertutup (di rumah atau tempat kerja anda) termasuk:

(a) Tanggungjawab pendidikan;

(b) Pembangunan komuniti;

(c) Kesihatan awam;

(d) Teknologi maklumat;

(e) Keusahawanan sosial;

(f) Kesedaran alam sekitar;

(g) Kesejahteraan masyarakat; dan

(h) Sukan.

PANDUAN UNTUK TINDAKAN:

1. Tugasan ini dapat dilengkapkan dengan melakukan aktiviti terancang yang diberikan seperti berikut:

a) Aktiviti 1 – Perancangan dan pelaksanaan khidmat masyarakat dalam ruangan tertutup bersama ahli keluarga atau rakan-rakan serumah anda atau rakan sekerja anda (Jumlah ahli 3 – termasuk diri anda sendiri). Terhad kepada 3 muka surat sahaja.

b) Aktiviti 2 – Rakaman Video (Tempoh masa rakaman adalah antara 5 minit hingga 8 minit)

c) Aktiviti 3 – Menulis jurnal reflektif. Terhad kepada 3 muka surat sahaja.

d) Persembahan keseluruhan tugasan (Aktiviti 1-3).

PERINGATAN:

1. Anda dinasihatkan agar sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika merancang dan melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat di rumah atau tempat kerja anda.

2. Anda disarankan supaya membaca semua aktiviti; dan rancang cara terbaik untuk membuatnya.

3. Anda harus merancang perbelanjaan dengan sewajarnya.

4. Anda tidak perlu menyertakan pautan rakaman video anda dalam tugasan ini lagi.

5. Anda perlu muat naik video secara terus sebagai lampiran.

6. Saiz video tidak boleh melebihi 400MB atau pada 400MB sahaja.

7. Semua aktiviti harus dijalankan antara 2 Januari 2022 hingga 10 April 2022 (tarikh terakhir penyerahan dengan penalti.)

8. Tugasan ini hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab TURNITIN selalu tak lepas, takda idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK