PERAKAUNAN PENGURUSAN

1.    Syarikat Sharks Sdn Bhd beroperasi dalam industri hiburan dan salah satu aktivitinya adalah mempromosikan acara hiburan diseluruh Malaysia. Syarikat ini sedang menyusun percaturan untuk menganjurkan aktiviti di Sabah. Anggaran kos tetap ialah RM180,000. Ini adalah yuran yang di bayar seperti sewa tempat, kos promosi dan lain-lain kos. Kos berubah seperti makanan yang diberikan pada pelanggan yang hadir adalah RM10.00 setiap tiket yang dijual. Harga tiket yang dicadangkan adalah RM30.


Sediakan maklumat berikut bagi membantu Syarikat Sharks membuat keputusan.


a. Hitung titik pulang modal dalam jumlah tiket yang perlu dijual. (2 markah)


b. Hitung tiket yang perlu dijual bagi mendapat keuntungan sebanyak RM60,000?

c. Hitung keuntungan yang diperolehi sekiranya 10,000 dijual? 

d. Hitung harga tiket sekiranya syarikat berhasrat untuk mendapatkan keuntungan sebanyak RM60,000 dengan jumlah jualan tiket sebanyak 10,000 keping. (Kos tetap dan kos berubah adalah sama seperti dinyatakan).

e. Terangkan apa yang dimaksudkan dengan profit-volume ratio?

 
f. Merujuk pada (a) diatas, hitung margin keselamatan (margin of safety) sekiranya jangkaan jualan sebanyak 10,000 keping tiket?

 
g. Terangkan kelebihan pengurus yang mempunyai pengetahuan tentang analisa kos volum untung (cost-volume-profit analysis).

2.    Syarikat Woody Sdn Bhd adalah pengeluar perabut yang diperbuat dari kayu teak.  Berikut adalah maklumat-maklumat yang telah dikumpul dari bahagian lain.

1.      Pengurus syarikat menganggarkan sebanyak 420,000 meja dari kayu teak akan terjual dengan harga RM700 setiap satu.

2.      Mengikut rekod perakaunan, stok awal meja dari kayu teak adalah 3,700 dengan kos setiap meja kayu tersebut ialah RM550.60.  Pengurus berpendapat stok akhir perlu ditingkatkan kepada 4,200 unit memandangkan jumlah jualan dijangka meningkat.

3.      Stok awal bahan mentah langsung adalah seperti berikut:

 

RM

Kayu teak

95,000

Paku dan komponen

30,000

Cat Polyurethane

65,000

Jumlah

190,000

                 

4.      Kos seunit bahan mentah langsung:

 

RM

Kayu teak

95

Paku dan komponen

30

Cat Polyurethane

65

 

5.      Pengurus menghendaki stok akhir seperti berikut:

 

RM

Kayu teak

80,000

Paku dan komponen

26,500

Cat Polyurethane

60,500

Jumlah

167,000

 

 

 

 

6.      Jumlah jam dan kos tenaga buruh langsung:

 

Buruh langsung

Jam

Kos sejam

Pemasangan

1.5

RM22

Pengujian

0.15

RM12

 

7.      Berdasarkan pada kos operasi tahun sebelumnya kos overhed adalah:

Kos overhed berubah pengilangan

 

RM

Belian

15.50

Buruh tidak langsung

22.00

Maintenance

12.60

Lain-lain

7.80

Jumlah

57.60

 

8.      Kos tetap pekilangan adalah:

 

RM

Susutnilai

2,750,000

Tax atas harta

1,660,000

Insuran

1,560,000

Supervisor kilang

2,711,000

Faedah sampingan/ Fringe benefit

6,231,000

Lain-lain

1,270,00

Kos overhed diserap ke dalam belanjawan kuantiti pengeluaran. 

 

9.      Anggaran kos operasi bahagian sokongan yang dianggapkan sebagai kos tetap adalah:

 

RM

Pentadbiran

14,720,550

Promosi

12,110,170

Penghantaran

3,190,000

Khidmat pelanggan

1,970,600

 

 

10.  Cukai pendapatan ke atas keuntungan dianggarkan sebanyak 27%

 

a)      Anda dikehendaki menyediakan belanjawan bagi tahun berakhir 2022:

                                 I.            Belanjawan jualan                                                                                         

                               II.            Belanjawan pengeluaran                                                                              

                             III.            Belanjawan belian dan kegunaan bahan mentah langsung             

                            IV.            Belanjawan buruh langsung                                                                       

                              V.            Belanjawan overhed pengilangan                                                            

                            VI.            Belanjawan stok akhir                                                                                    

                           VII.            Belanjawan kos barang jualan                                                                    

                         VIII.            Belanjawan   bahagian sokongan                                                               

                             IX.            Belanjawan penyata pendapatan bagi tahun 2022                             

 

b)      Terangkan secara ringkas TIGA (3) kepentingan belanjawan tunai dan bagaimana ianya berkaitan dengan strategi organisasi.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab TURNITIN selalu tak lepas, takda idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK