TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

TUJUAN

Tugasan ini adalah untuk menilai kebolehan pelajar membincangkan sumbangan dan hasil pencapaian tamadun Melayu terhadap nilai dan pandangan semesta masyarakatnya.

KEPERLUAN

Tugasan 1 (30 markah)

Tonton dua video di bawah.


Video 1: Buaya, kerbau dan kancil_versi asal



Video 2: Buaya, kerbau dan kancil_versi kini



Jawab soalan berikut setelah menonton video di atas;

a. Kenal pasti dan nilaikan sumbangan tamadun Melayu daripada dua video yang ditonton serta nyatakan minit daripada scene dari video tersebut.

b. Antara dua video tersebut, video manakah yang menjadi pilihan anda? Kongsikan pengalaman pemilihan video tersebut serta jelaskan pengajaran berasaskan nilai-nilai negatif dan positif yang terdapat daripadanya kepada masyarakat hari ini.

c. Berdasarkan soalan a dan b di atas, anda diminta memindahkan (transform) isi-isi penting jawapan anda menggunakan SmartArt yang terdapat di dalam Microsoft Word anda.


Cara mencari SmartArt seperti berikut:

a. Buka Microsoft word anda.

b. Klik pada tab Insert.

c. Anda akan lihat simbol Smart Art ( ) pada group Illustrations. Klik simbol tersebut.


SmartArt Anda perlu mengandungi:

a. Pemilihan grafik yang sesuai.

b. Tajuk dan isi penting.

c. Aliran (flow) antara isi.

d. Warna, saiz perkataan dan simbol yang bersesuaian.

e. Tidak melebihi 2 muka surat.

**Tugasan smart art tidak dikira dalam jumlah patah perkataan

Tugasan 2 (20 markah)

Berdasarkan soalan tugasan 1, soalan tugasan 3, dan tugasan aktiviti online, anda dikehendaki melaporkan pengalaman penemuan anda dalam bentuk refleksi berdasarkan format berikut:

• Apakah yang telah saya pelajari (daripada kursus / tugasan ini) ?

• Apakah perkara (tugasan) yang berjalan lancar?

• Apakah yang boleh saya lakukan dengan lebih baik (daripada kursus / tugasan ini)?

• Implikasi jangka masa panjang (sebagai pelajar dan pekerja)?


Laporan refleksi anda hendaklah tidak melebihi 3 muka surat. Lihat rubrik yang diberikan untuk lebih lanjut.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab TURNITIN selalu tak lepas, takda idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK