ASAS PERAKAUNAN

SOALAN 1

Sintok BizSolution Ent. menawarkan perkhidmatan menjual dan membaikpulih komputer riba. Permintaan terhadap komputer riba meningkat semasa musim pandemik Covid-19. Ini berikutan pembelajaran secara dalam talian (online) menjadi pilihan berbanding bertemuan secara bersemuka. Berikut senarai aset dan liabiliti Sintok BizSolution Ent. pada 1 Oktober 2022.

Akaun                                     RM

Tunai                                                               60,000

Akaun Belum Terima (ABT)                          25,000

Komputer Riba                                               27,000

Akaun Belum Bayar (ABB)                           7,000

Di bawah merupakan urusniaga syarikat berlaku sepanjang bulan Oktober 2022:

Oktober 2022

 

2

Membuat pinjaman dengan Bank MyRakyat sebanyak RM40,000.

3

Membayar deposit dan sewa kedai secara tunai, RM15,000.

6

Membeli komputer riba secara kredit, RM70,000.

10

Menerima bayaran tunai sebanyak RM14,000 untuk jualan komputer riba.

12

Membayar upah pemasangan CCTV di kedai bernilai RM6,000.

15

Membilkan pelanggan untuk perkhidmatan baik pulih komputer riba berjumlah RM8,500.

28

Membayar separuh bil komputer riba dibeli pada 6 Oktober 2022.

29

Membayar gaji pekerja, RM18,000.

30

Membayar bil utiliti RM3,000

 

DIKEHENDAKI:

Menggunakan format di bawah, tunjukkan kesan setiap urusniaga kepada persamaan perakaunan (Aset = Liabiliti + Ekuti Pemilik). Seterusnya, tentukan baki akhir bagi setiap akaun yang terlibat pada 31 Oktober 2022.

ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

 

ASET

 

=

 

LIABILITI + EKUITI PEMILIK

Okt 2022

 

 

 

 

=

 

 

 

1 Okt

(baki awal)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

31 Okt

(baki akhir)

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN 2

Encik Hadiff merupakan pemilik Clean N’ Clear Sdn Bhd, syarikat dobi layan diri di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia. Sambutan pelajar terhadap perkhidmatan dobi sangat menggalakkan. Bagi mengembangkan lagi perniagaan beliau, Encik Hadiff telah menambah modal dan peralatan dobi. Di bawah adalah senarai urusniaga berlaku sepanjang bulan September 2022.

September 2022

1

Encik Hadiff menambah modal ke dalam perniagaan beliau berupa tunai RM125,000, dan peralatan dobi RM150,000.

2

Membeli peralatan dobi secara kredit, RM60,000.

3

Syarikat membeli van berharga RM80,000. Syarikat membayar deposit tunai 10%, manakala bakinya dibayar menggunakan pembiayaan bank selama 7 tahun.

16

Mengutip hasil dobi sebanyak RM18,000.

20

Membayar 40% hutang peralatan dobi dibeli pada 2 September 2022.

27

Membayar secara tunai gaji pekerja, bekalan dobi dan bil utiliti, masing-masing RM12,000, RM5,000 dan RM11,000.

29

Membuat bayaran pertama RM1,000 kepada pihak bank untuk van dibeli pada 3 September 2022.

30

Encik Hadiff mengambil tunai RM2,000 dari akaun syarikat untuk kegunaan peribadi.

Maklumat tambahan: Baki akaun tunai pada 1 September 2022 adalah RM35,000.

DIKEHENDAKI:

(a) Sediakan catatan jurnal untuk transaksi sepanjang bulan September 2022 (Penerangan tidak diperlukan). 

(b) Sediakan Akaun Tunai dan tentukan baki akhir bulan September 2022. Gunakan format seperti di bawah. 

Akaun: Tunai

 

Tarikh

Deskripsi

Debit

Kredit

Baki

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

SOALAN 3

Nureen Naira merupakan akauntan awam bertauliah dan memiliki firma audit Nureen Associates. Firma telah beroperasi semenjak tahun 2017 dengan menawarkan perkhidmatan audit, perakaunan, dan percukaian. Di bawah adalah penyata imbangan duga Nureen Associates bagi tahun berakhir 31 Oktober 2022:

Nureen Associates

Imbangan Duga pada 31 Oktober 2022

 

Debit (RM)

Kredit (RM)

Tunai

87,000

 

Akaun Belum Terima (ABT)

10,800

 

Bekalan Pejabat

9,000

 

Peralatan Pejabat

25,000

 

Insurans Terdahulu

18,000

 

Kenderaan Pejabat

120,000

 

Susutnilai Terkumpul – Kenderaan Pejabat

 

65,000

Akaun Belum Bayar (ABB)

 

26,500

Pinjaman Bank

 

90,000

Modal

 

41,000

Hasil Perundingan

 

158,000

Belanja Gaji

60,000

 

Belanja Utiliti

15,700

 

 

Belanja Sewa

35,000

 

 

Jumlah

380,500

 

380,500

 

 

Berikut adalah maklumat berkaitan rekod perakaunan dan pelarasan:

1. Hasil perkhidmatan perakaunan bulan Oktober 2022 belum dibilkan berjumlah RM10,200.

2. Insurans terdahulu dibayar untuk tempoh setahun, bermula 1 September 2022.

3. Bil utiliti belum bayar pada bulan September 2022 berjumlah RM2,750.

4. Nureen Associates menandatangi perjanjian pinjaman bank berjumlah RM90,000 pada 1 Oktober 2022. Kadar faedah adalah 5 peratus setahun (tempoh 7 tahun). Bayaran ansuran bermula pada 1 November 2022.

DIKEHENDAKI:

(a) Sediakan Penyata Untung atau Rugi dan Pendapatan Komprehensif Lain bagi tahun berakhir 31 Oktober 2022.

(b) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan bagi tahun berakhir 31 Oktober 2022.

(c) Terangkan DUA (2) sebab mengapa syarikat perlu membuat catatan pelarasan.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.


Sekiranya anda semua berasa pening sebab TURNITIN selalu tak lepas, takda idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK