OCCUPATIONAL SAFETY KESELAMATAN PEKERJAAN

Tujuan tugasan ini adalah untuk membolehkan pelajar memulakan penyelesaian berhubung dengan masalah keselamatan untuk kebakaran, elektrik, ruang terkurung dan bekerja di tempat tinggi menggunakan amalan baik yang berkaitan yang diperoleh daripada kajian literatur.


TUGASAN 1

Letupan di Kilang Pulpa dan Kertas, PCA DeRidder, Lousiana.


8 Febuari, 2017- Perusahaan Pembungkusan, Deridder Amerika, Kilang Pulpa dan Kertas Louisiana (A), letupan berlaku semasa aktiviti kerja panas yang menyebabkan kematian tiga pekerja kontrak (B) dan mencederakan tujuh yang lain.


Deridder mill menghasilkan papan kontena yang digunakan dalam penghasilan produk seperti kotak dan paparan kadbod. Papan kontena dibuat daripada pulpa yang dihasilkan di kilang. Semasa proses menghasilkan pulpa, wap terhasil. Wap ini yang mengadungi air, turpentin dan pelbagai sebatian sulfur, dikumpulkan dan diasingkan (C).


Untuk mengasingkan wap, ia mulanya memasuki ‘turpentine-stripping column’ (D). Di situ, kebanyakan turpentin disingkirkan dan dihantar ke kondenser. Sisa wap di dalam ‘stripper’ terkondensasi menjadi cecair yang kebanyakannya mengandungi air dan sejumlah saki baki sebatian sulfur dan turpentin. Cecair ini dikenali sebagai ‘foul condensate’. ‘Foul condensate’ dihantar daripada ‘stripping column’ ke sejumlah 100,000 gelen kapasiti tangki simpanan atmosfera (E), digunakan untuk menyimpan cecair pada atau mendekati tekanan persekitaran. Tangki ‘foul condensate’ umumnya digunakan untuk mengawal aliran cecair di antara unit aliran atas dan bawah ‘turpentine-stripping column’ yang menyingkirkan lebihan komponen sulfur daripada air.

Semasa kejadian 8 Febuari, kilang tersebut sedang di dalam proses penghentian kerja tahunan. Penghentian kerja memerlukan pekerja kilang dan pekerja kontrak melakukan proses penyelenggaraan, pemeriksaan dan penambahbaikan tugas bagi keseluruhan fasiliti kilang. Salah satu tugas tersebut adalah membaiki paip air yang terletak di atas dan bersambung kepada tangki ‘foul condensate’ (G) yang telah tertanggal dan retak sebulan sebelumnya.

Proses pembaikan tersebut memerlukan proses kimpalan dijalankan pada paip, yang kebiasaannya dirujuk sebagai ‘kerja panas’. Dalam penyediaan untuk kerja panas tersebut, injap masuk dan keluar dari tangki ‘foul condensate’ telah ditutup (H), semasa lebih kurang 10 kaki cecair tersimpan di dalamnya. Cecair itu dibiarkan tinggal sebanyak separuh di dalam tangki kerana tiada perancangan untuk melakukan sebarang kerja melibatkan tangki tersebut sewaktu proses penghentian kerja tersebut. Syarikat juga beranggapan bahawa tangki yang kebanyakannya mengandungi air itu, telah ditutup sepenuhnya dan tidak terdedah kepada atmosfera, dan tidak menyumbang kepada sebarang risiko keselamatan (I).

Anggapan ini walau bagaimanapun, tidak benar. Lebihan turpentin, yang kebiasaannya wujud dalam ‘foul condensate’, terkumpul pada permukaan atas cecair di dalam tangki disebabkan ketumpatannya (J). Tangki ‘foul condensate’ direka bentuk supaya dengan perubahan ketinggian paras cecair di dalam tangki (K), lebihan turpentin akan ditolak keluar dan dihantar ke ‘turpentine recovery system’.

Akan tetapi beberapa bulan sebelum kejadian ini, turpentin tidak disingkirkan dari tangki kerana terdapat kekeliruan tentang siapa di kilang tersebut yang bertanggungjawab untuk operasi tangki ‘foul condensate’ tersebut. Akibat kekeliruan ini, injap yang direka untuk mengalirkan turpentin keluar ke ‘turpentine recovery system’ kilang itu telah tertutup untuk beberapa bulan (L). Hasilnya, beberapa ketika menjelang kejadian itu, lebihan turpentin telah terkumpul di dalam tangki ‘foul condensate’ melebihi dari jangkaan. Ditambah lagi, dengan kewujudan wap yang kebiasaannya terdapat di dalam tangki di ruang atas bahagian cecair tersebut (M).

Walaupun wap tersebut boleh menjadi mudah terbakar, ia seharusnya tersimpan pada kepekatan yang terlalu tinggi untuk terbakar. Akan tetapi, disebabkan keadaan bukan rutin yang dialami sewaktu pemberhentian proses kerja tahunan, kandungan tangki menjadi sejuk, mewujudkan tekanan rendah di dalam tangki (N). Keadaan ini, menyebabkan injap pelepasan pada bumbung tangki menambah masuk udara dari luar (O) ke dalam tangki untuk mengelakkan kemusnahan tangki akibat keadaan vakum yang boleh tercipta akibat tekanan yang rendah di dalam tangki tersebut. Injap pelepasan vakum merupakan antara sumber potensi yang membenarkan udara (P) masuk ke dalam tangki dan mewujudkan atmosfera mudah meletup. Dalam persediaan untuk kerja panas, paip air telah diasingkan daripada tangki ‘foul condensate’ dan juga proses yang lain melalui injap penutup (Q), dan paip itu terpisah secara fizikal daripada tangki.

Sekitar jam 8.00 pagi 8 Febuari, pekerja kilang menggunakan alat pengesan gas (R) untuk memeriksa atmosfera mudah terbakar di dalam dan sekitar paip air dan tiada apa-apa yang ditemui (S). Hasilnya, syarikat mengeluarkan permit kerja panas untuk kerja-kerja kimpalan. Akan tetapi, walaupun atmosfera mudah terbakar tidak wujud diluar tangki, terdapat atmosfera mudah terbakar di dalam tangki. Tanpa mengetahui bahawa tangki tersebut boleh mewujudkan hazad yang serius, tiga pekerja kontrak mula menjalankan kerja kimpalan pada paip air yang terletak di atas tangki tersebut (T).

Sumber pencetus api yang sebenar tidak dapat ditentukan, namun dipercayai percikan atau leburan sanga yang terhasil daripada kerja panas (U) yang jatuh pada atau berdekatan dengan tangki ‘foul condensate’, memanaskan dinding tangki atau sebaliknya menyalakan kandungan didalam tangki (V). Atau berkemungkinan juga, kerja panas telah selesai namun sewaktu peralatan kimpalan diturunkan, pencucuh kimpalan jatuh dan mewujudkan arca elektrik pada tangki atau paip pelepasannya. Walaubagaimanapun, dipercayai aktiviti kerja panas menyalakan wap mudah terbakar dan cecair turpentin di dalam tangki ‘foul condensate’ itu. Pada jam 11.05 pagi berlakunya letupan besar (W). Tangki ‘foul condensate’ terpisah dari tapaknya dan meluncur ke udara setinggi struktur 6 tingkat, dan jatuh lebih kurang 375 kaki jauh (X) dari tapak asalnya. Tiga orang terbunuh dan tujuh lagi cedera. Kesemua mereka adalah pekerja kontrak yang bekerja berdekatan tangki ‘foul condensate’ tersebut.

Fahami kronologi tragedi di atas dan sediakan laporan berbentuk peta minda bagi siasatan kemalangan berkaitan kemalangan tersebut.


TUGASAN 2

Pilih SATU topik yang sesuai berkaitan dengan tragedi di atas. Reka bentuk brosur yang menarik (yang terdiri daripada 400-450 patah perkataan) sebagai sebahagian daripada medium pendidikan untuk tujuan berkongsi pengetahuan kepada para pekerja.


TUGASAN 3

Ikuti arahan berikut:

· Sertai kumpulan perbincangan dalam forum myINSPIRE dan bincangkan topik yang diberikan di bawah:

‘Peranan Permit Bekerja kepada Industri-industri Berisiko Tinggi’


· Anda boleh memilih mana-mana kumpulan untuk bekerjasama.

· E-tutor anda akan mencipta folder dalam perbincangan tugasan.

· Sila tinggalkan perbincangan anda di bawah folder tersebut.

· Jangan cipta folder perbincangan lain untuk mengelakkan kekeliruan.

· Ikut arahan untuk menyerahkan bukti penyertaan kelas dalam talian.


ARAHAN BAGI TATACARA PENGHANTARAN SEBAGAI BUKTI AKTIVITI PENYERTAAN DALAM TALIAN (10%)

Laksanakan perkara berikut:

1. Pilih LIMA (5) postings terbaik ANDA sendiri daripada perbincangan dalam talian yang telah di sediakan oleh etutor anda.

2. Laksanakan tangkap layar posting dan tampalkannya ke dalam laporan anda bersama DOKUMENTASI pada BAHAGIAN I.

3. Imej tangkap layar mesti dalam format imej (sama ada JPG atau PNG). Rujuk pada contoh tangkap layar di bawah.

4. Tangkap layar mesti mengandungi: Nama, Tajuk Perbincangan, Hari, Tarikh dan Masa

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK