OSH SERVICES PERKHIDMATAN OSH

HASIL PEMBELAJARAN

Mereka bentuk satu program perkhidmatan kesihatan pekerjaan yang bersesuaian bagi industri tertentu dalam mempromosikan dan menyelenggara tahap tertinggi fizikal, mental dan kesejahteraan sosial pekerja-pekerja.

Di sebalik pengukuhan keselamatan dan kesihatan pekerjaan beberapa tahun kebelakangan ini, kecederaan dan penyakit pekerjaan terus menjadi kesihatan awam yang penting. Pada tahun 2014, dianggarkan tiga juta kecederaan dan penyakit bukan kematian di tempat kerja di laporkan oleh majikan-majikan industri swasta di A.S, dengan hampir satu pertiganya melibatkan hari tidak bekerja (Bureau of Labor Statistics, 2016). Kos-kos yang berkaitan dengan kecederaan tempat kerja boleh jadi besar bagi kedua-dua pekerja dan majikan.

Pekerja-pekerja menderita kesukaran ekonomi dan bukan ekonomi yang kebiasaannya berlaku bertahun-tahun. Majikan perlu membayar faedah-faedah perubatan dan pampasan, kehilangan produktiviti pekerja, dan kerapkali perlu menanggung kos penggantian kehilangan pekerja. Metrik utama yang berhubung rapat dengan kos-kos kecederaan pekerjaan bagi kedua-dua pekerja dan majikan adalah tempoh masa kembali bekerja (RTW) selepas kecederaan. Kembali bekerja awal selepas kecederaan dikaitkan dengan penurunan mendadak bagi kehilangan pendapatan dalam jangkamasa panjang bagi pekerja-pekerja yang kehilangan upaya, walaupun selepas kawalan terhadap tahap keterukan kecederaan, kemungkinan dengan meminimakan jumlah kemusnahan kerjaya. Tempoh masa kecederaan yang berlanjutan juga mengakibatkan kos langsung dan tidak langsung kepada majikan; kos langsung bagi bayaran faedah pampasan yang tinggi bagi kehilangan upaya, dan secara tidak langsung melalui kehilangan nilai produktiviti. Kos-kos ini yang berkaitan dengan tempoh ketidakhadiran kerja menjadikan promosi bagi tuntutan pampasan bagi pekerja-pekerja untuk kembali bekerja awal menjadi sesuatu yang penting bagi pembuat dasar.

C. F. McLaren, R. T. Reville, S. A. Seabury (2017). How effective are employer return to work programs? International Review of Law and Economics 52 (2017) 58-73. Published by Elsevier Inc.


TUGASAN 1

Sediakan 1500-2000 patah perkataan artikel tentang topik “Kembali Bekerja: Cabaran bagi Pekerja dan Majikan”.


TUGASAN 2

Bincangkan dalam portal MyInspire tentang “Komponen bagi Program Kembali Bekerja di Tempat Kerja”. Tangkap layar keseluruhan mukasurat perbincangan anda dan lampirkan ke dalam fail laporan tugasan anda.

TUGASAN 3

Anda sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO) di salah sebuah tapak binaan di Lembah Klang telah diminta oleh pengurus kanan syarikat anda untuk menyediakan 300-450 patah perkataan risalah/ flyer tentang topik “Pernahkah Anda Mendengar Program Kembali Bekerja?”. Sediakan risalah/ flyer yang menarik untuk diagihkan kepada semua pekerja-pekerja.

Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK