Prinsip Kewangan

Bentuk satu kumpulan besar (KB) yang terdiri daripada 10 atau 12 orang ahli. Kemudian, pecahkan kepada 2 kumpulan kecil (KK) – KK1 dan KK2. Contoh, jika kumpulan anda mempunyai 10 (12) orang ahli, maka setiap KK akan mempunyai 5 (6) orang ahli. KK 1 pilih 3 syarikat daripada sektor Produk dan Perkhidmatan Industri manakala KK 2 pula pilih 3 syarikat daripada sektor Pembinaan. Bagi pilihan syarikat, anda boleh rujuk laman web https://www.malaysiastock.biz/Listed-Companies.aspx.

Arahan untuk KK:

i) Cari laporan kewangan syarikat untuk tahun kewangan 2020, 2021 dan 2022.

ii) Kira nisbah kewangan syarikat untuk 3 tahun bagi kategori nisbah berikut:

• nisbah kecairan (liquidity)

• nisbah aktiviti/kecekapan (activity/efficiency)

• nisbah keberhutangan (leverage/debt)

• nisbah keberuntungan (profitability)

• nisbah pasaran (market)

Sekurang-kurangnya 1 nisbah perlu dikira daripada setiap kategori. Bahagian ini perlu dibentangkan dalam satu jadual. Formula nisbah dan langkah pengiraan perlu ditunjukkan.

iii) Berdasarkan kiraan yang dibuat, berikan komen ke atas kedudukan kewangan syarikat. Anda tidak perlu komen secara spesifik untuk setiap nisbah. Sebaliknya, cari faktor kekuatan atau kelemahan setiap syarikat daripada pengiraan nisbah. Antara 3 syarikat ini, pilih 1 syarikat yang kumpulan anda rasa mempunyai kedudukan kewangan yang paling kukuh untuk dibandingkan dengan satu lagi KK dalam laporan KB. Sediakan ulasan anda secara bertulis (taip) dalam 2 muka surat DAN infografik (tiada had muka surat).

Arahan untuk KB:

Bandingkan 2 syarikat pilihan daripada setiap KK. Cadangkan 1 saham syarikat yang berpotensi kepada pelabur dalam bentuk bertulis (2 muka surat) DAN infografik (tiada had muka surat).

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518 

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK