PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Mini kes: Federal Bank Ltd

Federal Bank Ltd. ialah sebuah bank di Malaysia yang mempunyai 30 cawangan di Malaysia. Federal Bank Ltd. beribu pejabat di Kuala Lumpur. Ia mempunyai seramai 3000 orang pekerja di seluruh Malaysia. Puan Susan Tan, berusia 35 tahun merupakan seorang pengurus di Jabatan Sumber Manusia dan Kewangan di ibu pejabat Federal Bank Ltd. di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur. Beliau menyelia seramai 15 orang pekerja di bawahnya. Puan Susan sangat gembira untuk memulakan tugas beliau di Federal Bank Ltd. pada awal bulan Januari 2023. Masih segar dalam ingatan beliau, bagaimana cara beliau ditemu duga oleh beberapa orang pengurus di Federal Bank Ltd. dan beliau telah disahkan jawatan beliau pada bulan Jun 2023. Dalam jabatan beliau, daripada 15 orang pekerja, 5 orang pekerja ialah pekerja perempuan dan selebihnya adalah pekerja lelaki. Semua pekerja beliau berusia antara 25 hingga 54 tahun. Terdapat beberapa masalah yang Puan Susan hadapi di jabatan beliau. Cik Madhuri, berusia 54 tahun, merupakan Senior Officer ataupun Pegawai Kanan yang sangat mencabar untuk diselia kerana beliau merasakan beliau lebih lama bekerja di Federal Bank Ltd. berbanding dengan Puan Susan. Cik Madhuri telah berkhidmat selamat 25 tahun di Federal Bank Ltd.. Cik Madhuri sering mengingkari arahan Puan Susan dan mempunyai caranya yang tersendiri bagi melakukan tugasnya sebagai Pegawai Kanan Sumber Manusia. Pada masa yang sama, Puan Susan juga menerima emel daripada Encik Zainal, iaitu Pengurus Besar di Federal Bank Ltd. Encik Zainal telah mengarahkan beliau untuk memastikan Jabatan Sumber Manusia dapat menganjurkan sebuah program latihan yang sesuai bagi pekerja yang akan bersara. Ini supaya pekerja tersebut dapat menghadapi hari persaraan mereka dengan baik dan tenang. Wajah Cik Madhuri dan beberapa kakitangan di Federal Bank Ltd. yang berusia muncul di ruang fikiran Puan Susan. Puan Susan juga mengeluh panjang kerana memikirkan tentang persediaan yang jabatan beliau perlu persiapkan untuk menemuduga tiga orang calon yang akan hadir untuk temu duga bagi jawatan Pengurus Kewangan di Federal Bank Ltd. Beliau perlu mengaturkan dan memilih jenis temu duga yang sesuai. Puan Susan juga perlu memikirkan soalan-soalan yang akan ditanya kepada calon-calon tersebut. Jam menunjukkan pukul 7.00 malam, Puan Susan yang begitu letih, mengambil tas tangannya dan berjalan keluar perlahan-lahan ke parkir keretanya yang terletak di aras tiga, bangunan bank Federal Bank Ltd. Fikiran Puan Susan sangat kusut memikirkan masalah ini.

SOALAN:

Sebagai seorang konsultan Pengurusan Sumber Manusia:

Soalan 1

Bantu Puan Susan dengan menyediakan aturcara program dua hari yang boleh dianjurkan oleh Jabatan Sumber Manusia bagi para pekerja yang bakal bersara.

Soalan 2 

Sarankan kepada Puan Susan untuk beliau menyelesaikan masalah beliau dengan pekerja berumur seperti Cik Madhuri.

Soalan 3 

Bagi menemu duga tiga calon dalam kes ini, cadangkan kepada Puan Susan jenis temu duga yang sesuai untuk Puan Susan jalankan dan soalan-soalan yang sesuai untuk disoal sebagai penemuduga kepada calon-calon tersebut.

Terangkan kenapa kumpulan anda menyarankannya kepada Puan Susan.

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518 

 


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

PRINSIP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK