KAEDAH PENYELIDIKAN

TUGASAN 1

Tahap pertama dalam penyelidikan ialah untuk mengenal pasti permasalahan atau isu-isu dalam perniagaan dan pengurusan (atau dalam bidang kajian pelajar) dan menjustifikasikan keperluan penyelidikan.  Untuk tujuan itu, anda dikehendaki memilih satu topik kajian dalam bidang yang anda minati.  Kemudian, anda perlu membentuk pernyataan masalah berkaitan dengan topik yang dipilih.  Untuk memastikan yang masalah yang telah anda kenal pasti wujud dan ianya signifikan, anda perlu menyokongnya dengan fakta-fakta dan angka-angka sebenar. Anda juga dikehendaki menentukan persoalan-persoalan dan objektif-objektif kajian yang sesuai dengan permasalahan kajian.  Akhir sekali, anda perlu menerangkan mengapa pentingnya menjalankan penyelidikan tersebut. 

Laporan anda untuk Tugasan 1 perlu merangkumi perkara-perkara berikut:

1.      Pengenalan dan Latar Belakang Kajian

2.      Pernyataan Masalah, Persoalan Kajian dan Objektif-objektif Kajian

3.      Kepentingan Kajian

TUGASAN 2

Berdasarkan topik pilihan anda dalam Tugasan 1, ulas beberapa artikel kajian yang relevan dengan topik tersebut dan tuliskan ulasan karya.  Dari ulasan karya, kenal pasti pemboleh ubah–pemboleh ubah kajian berpotensi dan bentukkan kerangka konseptual.  Akhir sekali, tuliskan metodologi kajian.  Laporan anda untuk Tugasan 2 perlu merangkumi perkara-perkara berikut:

1.      Ulasan Karya

2.      Kerangka Konseptual dan Hipotesis-hipotesis

3.      Metodologi Kajian

Untuk membimbing anda dalam menyediakan cadangan penyelidikan tersebut, pastikan anda menjawab soalan-soalan berikut yang membawa pemberat markah tertentu:

a)      Apakah latar belakang kajian dan mengapa kajian tersebut signifikan? (12%)

b)      Nyatakan pernyataan masalah anda dan tuliskan persoalan kajian serta objektif kajian yang sesuai. (18%)

c)      Ulas beberapa karya tentang topik yang anda pilih. Berdasarkan karya-karya tersebut, kenal pasti dan definisikan pemboleh ubah-pemboleh ubah kajian anda, dan bina satu kerangka konseptual serta hipotesis-hipotesis yang berkemungkinan.  Anda perlu merujuk sekurang-kurangnya LAPAN (8) artikel penerbitan terkini dalam topik pilihan anda.  Gunakan format APA untuk nukilan-nukilan di dalam teks dan rujukan. (30%)

d)      Cadangkan satu reka bentuk kajian dan justifikasi anda memilihnya.  (15%)

Anda berasa PENING sebab tak siap tugasan lagi sebab sibuk dengan kerja. Jangan risau boleh hubungi kami untuk bertanya. Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama. Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan anda boleh EMAIL tajuk ke pjjmalaysia@gmail.com atau WhatsApp ke 0145875518 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu IV dan DV dalam proposal atau tesis anda?

Khas Untuk PJJ

COMPANY LAW UNDANG-UNDANG SYARIKAT