Thursday, December 10, 2009

Sejauh manakah Rancanagn – Rancangan Ekonomi Yang Diperkenalkan Oleh British Berjaya Memajukan Kedudukan Ekonomi Rakyat India


Sebelum kedatangan Inggeris atau British di India, India dikatakan mempunyai perusahaan yang tersendiri. Pada masa ini, kegiatan utama penduduk India ialah pertanian dan perusahaan yang berkaitan dengan kain kapas yang mendapat sambutan yang luar biasa daripada peniaga – peniaga Inggeris untuk dipasarkan di Eropah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keadaan ekonomi penduduk India sebelum kedatangan British sudah mempunyai kemajuan dsan mendapat perhatian negara – negara dalam bidang perusahaan, terutama perusahaan kapas.

Namun begitu, keadaan ekonomi India mula mengalami kemerosotan apabila kekuatan kerajaan Maratha mula mengalami kemerosotan dan menjurus kepada campur tangan orang – orang British dan pendudukanya. Tidak dinafikan, sebelum kemerosotan kerajaan Maratha lagi, British sudah mengambil kesempatan untuk menubuhkan Syarikat India Timur di India iaitu pada Tahun 1600 lagi kemaraan British untuk menakluki India begitu jelas apabila kurun ke 19, hal ini dapat dilihat di kawasan Bandar – Bandar utama, apbila kepesatan Industri – industri yang berasaskan Kraftangan.

Keaadaan ekonomi India mengalami perubahan yang begitu ketara apabila British bertapak di India. Pelbagai Dasar yang berkaitan dengan ekonomi mula dijalankan. Perkara ini telah mendapat perbahasan yang hebat antara beberapa sarjana tentang tindakan dasar yang dijalankan oleh British. Menurut Romesh Dutt,Pihak British telah segaja melumpuhkan ekonomi India melalui dasar Diskriminasi yang telah dilaksanakan.[1]

Pendapat Romesh ini brbeza dengan pendapat yang dikeluarkan oleh Barrington Moore yang berpendapat bahawa tindakan Briish adalah bukan untuk melumpuhkan ekonomi India, tetapi, British mahu menolong India dengan membekalkan kemudahan bagi meningkatkan lagi ekonomi India. Barrington telah menyalahkan orang – orang India yang tidak mahu mengambil peluang yang telah diberikan oleh British dengan melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi yang dapat membantu ekonomi India. Dasar – Dasar Ekonomi Yang Dijalankan Oleh British Yang Merosotkan Ekonomi India Seperti yang dinyatakan oleh Romesh Dutt, kedatangan atau pendudukan British di India tidak membantu dalam mempertingkatkan ekonomi India, malah menjadikan ekonomi India bertambah merosot dan berlaku ketidak adilan dalam dasar yang diperkenalkan, hal ini kerana, kesemua rancangan atau dasar yang dijalankan adalah bertujuan untuk kepentingan British itu sendiri dan tidak membantu dalam pertumbuan ekonomi India[2].

Perkenalan dasar ekonomi yang pelbagaipada abad ke 19 oleh Syarikat India Timur telah mengubah corak asal ekonomi di India, dasar – dasar ekonomi baru mula diperkenalkan di India apabila Lord Cornwallis dilantik menggantikan Waren Hasting, dasar ekonomi ini adalah bertujuan untuk meningkatkan ekonomi British dengan mengawal ekonomi India.[3]

>> Tugasan dengan footnote atau nota kaki yang betul !



[1] Romesh Chunder Dutt, The Economic History Of India : Under Early British Rule, Vol , New York: Burt Franklin, hlm 287
[2] Dr Gadjil, The Industrial Evolution Of India In Recent Times 1860 – 1939, Fifth Edition , Bombay, Oxford University Press, 1971, hlm 23
[3] Romesh Chunder Dutt, The Economic History Of India : Under Early British Rule, Vol , New York: Burt Franklin, hlm 81

Khidmat Menaip Assignment kerana kesuntukan masa, kekurangan buku rujukan dan takde idea Klik Sini or dapatkan contoh Assignment di Sini
Share this article :