Monday, October 1, 2012

Pengenalan Pendidikan Kesihatan


Pendidikan Kesihatan merupakan pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkaitan kesihatan. Ianya dirancang bagi membantu dan memotivasikan murid untuk mengekalkan serta meningkatkan kesihatan, mencegah serta mengurangkan risiko tingkah laku yang berkait dengan kesihatan (Marx & Wooley, 1998). Program dan kurikulum Pendidikan Kesihatan yang terancang serta berkesan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi individu ke tahap optimum. Pendidikan Kesihatan membantu murid meneroka dan menggerakkan mereka ke arah mencapai tahap kesihatan yang optimum dan kesejahteraan hidup.

Berdasarkan penyataan di atas: 

Hasilkan sebuah buku sumber berkaitan ‘Pendidikan Kesihatan’ yang mempunyai informasi dalam bentuk teks dan ilustrasi yang menarik sebagai bahan rujukan /bantu mengajar/maklumat tambahan bagi membantu murid Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6) menguasai kandungan pengajaran dan pembelajaran. 

Buku sumber tersebut perlu merangkumi: 

1. Pengenalan 

2. Tunjang pembelajaran Pendidikan Kesihatan KBSR: 

· Kesihatan Diri dan Keluarga 

· Gaya Hidup Sihat 

· Kebersihan dan Keselamatan Persekitaran 

3. Dua set penilaian bagi setiap tunjang pembelajaran 

4. Senarai rujukan 


Tugasan ini sebenarnya kami pernah buat sebelum ini cuma mungkin soalannya diubah-ubah setiap semester. Namun kehendak soalan sebenarnya adalah hampir sama setiap semester.

Sekiranya anda semua berasa pening sebab dah takdea idea, sibuk menguruskan kerja sehingga tidak ada masa untuk membuat tugasan. Anda boleh terus ke SINI untuk mendapatkan tips membuat tugasan atau ke SINI untuk mendapatkan contoh tugasan terdahulu sebagai rujukan.
Share this article :